Nora Danish Belum Fikir Tentang Kahwin Dengan Nadeem Nazri

Nora DanishKahwin Dengan Nadeem Nazri

Hubungan akrab aktres Nora Danish bersama Nadeem Datuk Seri Ahmad Nazri, atau lebih dikenali sebagai Nadeem masih mengundang tanda tanya. Nora yang mengakui dirinya rapat dengan Nadeem menjelaskan dia belum terfikir mengenai perkahwinan.

“Mengenai hubungan saya dengan dia, sejujurnya saya tak suka nak cakap yang saya ini sedang bercinta dengannya. Apa yang pasti, hubungan kami memang rapat. Mengenai perkahwinan, kami langsung tidak memikirkan mengenai perkara tersebut.

Lagipun, perkahwinan bukanlah perkara mudah. Kami berdua pernah ada pengalaman rumah tangga lalu,” jelas Nora ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem ‘Bencinta’ di TGV Sunway Pyramid pada Isnin.

Dalam pada itu, Nora juga menyatakan yang Nadeem bersama-sama menemani pemergiannya ke Myanmar tempoh hari.

“Sebenarnya saya, ibu dan kakak merancang untuk pulang ke Myanmar bertiga. Namun begitu, Nadeem menemani kami ke sana kerana kami pergi bertiga sahaja. Seperti semua sedia maklum, keadaan di sana kadang-kadang agak berbahaya untuk wanita, jadi Nadeem telah menemani kami.

Di sana, saya membawa ibu saya untuk bertemu dengan nenek. Kami juga dalam perancangan untuk memujuk nenek tinggal dengan kami di Malaysia. Kami juga ke sana untuk melawat kilang perusahaan bedak tanaka yang diusahakan oleh keluarga kami,” ujar Nora.

Speak Your Mind

*