PM Najib Razak Kini Seorang Pelakon Drama “Ikrar Perwira” #20sen

Najib Razak

Bersempena kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk Ikrar Perwira hasil tulisan dan ara
han Nizuan Hanaffi.

Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu”

“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini”

“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.

 

Speak Your Mind

*