Komen Putus Cinta : “Saya Sangat Gembira Dengan Nas-T” – Nabila Huda

Nabila Dan Nas T

“Kami masih lagi macam biasa. Ini adalah kisah peribadi kami dan kalau boleh buat masa ini saya tak nak kongsi apa-apa dengan umum”, kata Nabila Huda @ Abil yang menegaskan hubungannya dan Nas-T tidak ada apa-apa masalah.

Mengulas lebih lanjut mengenai status ala-ala putus cita dengan Nas-T seperti yang dimuat naiknya di Instagram hari ini, Abil akui dia gembira berada disamping Nas-T dan menyatakan bahawa hubungan mereka akan berjalan seperti biasa.

“Saya sangat gembira dengan dia (Nas-T) dan begitu juga dengan dia. Selepas ini peminat masih lagi boleh nampak kami makan dan keluar bersama.

Mungkin disebabkan masing-masing sibuk bekerja, jadi kami rindu detik-detik indah itu. Saya rindu ketika hubungan kami rapat sebagai kawan baik dahulu, jadi bila bercinta situasi itu saya rasa macam pelik”, katanya.

Jadi kalau ikut seperti kata tuan punya diri, bermakna Abil dan Nas-T bukan dah putus cinta lah ni ya? Cuma si Abil rindu kat buah hatinya itu…. oh, gitu.

Speak Your Mind

*