Didakwa Rogol Kekasih : Mohd (Mentor 4) Kesal Dianiaya Rakan Artis

Mohd (Mentor 4)

Beberapa minggu lalu industri hiburan kecoh apabila akhbar melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Artis yang dimaksudkan ialah protege kepada Ziana Zain iaitu Mohd, juara Mentor musim keempat. Dia didakwa merogol teman wanitanya. Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan tersebut.

Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, ia adalah satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi berusia 25 tahun itu.

“Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.

“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya.

Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.

Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.

“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya. Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.

Comments

  1. Sweet blog! I found it while surfing around on Yahoo News.
    Do you have any tips on how to get listed in Yahoo News?
    I’ve been trying for a while but I never seem
    to get there! Thank you

  2. I got this web page from my pal who informed me concerning
    this web page and at the moment this time I am visiting this web
    site and reading very informative content at this place.

Speak Your Mind

*