Memey Suhaiza Buat Keputusan Akan Terus Kekal Berhijab Penuh

Abby Abadi Memey Suhaiza Bertudung

Beberapa hari selepas percubaannya tampil dengan imej berhijab, pelakon Memey Suhaiza telah pun membut keputusan akan terus kekal bertudung. Lebih-lebih lagi hasratnya itu disambut baik oleh suaminya, Norman Hakim.

Menerusi sebuah portal hiburan, Memey memberitahu keputusan yag dibuat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hatinya sendiri.

Memandangkan selama beberapa hari ini dia  berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung, jadi, adalah lebih baik jika dia terus membuat perubahan sekarang.

Dalam pada itu, kata Memey, dia sebenar sudah memberitahu niatnya untuk bertudung kepada Norman sejak seminggu yang lalu. Namun, tidak bersedia untuk mengheboh-hebohkan perkara itu kepada umum kerana bimbang ada pihak yang mungkin tersalah anggap dengan perubahannya.

Apapun, Memey bersyukur dan gembira dengan perubahan dirinya dan berharap peminat doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga.

Buat masa ini dia mahu memberi tumpuan pada keluarga namum Memey berkata yang dia akan tetap berlakon walaupun kini sudah berhijab

Speak Your Mind

*