Mark Wahlberg Pegang Watak Hero Dalam ‘Transformers 4′

 

Transformers 4 Mark Wahlberg

Pengarah filem blockbuster Transformers Michael Bay mengesahkan aktor bertubuh sasa, Mark Wahlberg bakal membintangi bahagian keempat filem itu.

Menurut laporan berita AP, Bay dalam kenyataan pada blognya pada Khamis (waktu tempatan), menyifatkan aktor berusia 41 tahun itu sebagai lelaki paling sesuai untuk menyuntik elemen kecergasan pada francais terbaru filem berkenaan.

Sebelum ini, Bay pernah menafikan pembabitan aktor itu dalam filem aksi pengembaraan tersebut.

Dua karyawan seni itu turut bekerjasama dalam projek filem terbaru berjudul Pain and Gain.

Transformers 4 yang bakal diedarkan studio filem Paramount Pictures dijadualkan berada di pawagam pada 27 Jun 2014.

Bay juga berkata, filem berikutnya itu akan memaparkan hala tuju baru francais tersebut.

Tiga bahagian pertama filem itu dibintangi oleh Shia LaBeouf dan Peter Cullen sebagai alih suara watak Optimus Prime.

Siri ketiga yang berjudul Dark of the Moon mencatatkan rekod sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi bagi 2011.

 

 

Speak Your Mind

*