Mamat Sepah Nafi Berlagak Dengan Sportbike, Nyaris Dibelasah

 

Mamat Sepah

Kalau nak di kira kemunculannya menerusi kerjaya seni, sangatlah minima. Tapi namanya kerap di sebut-sebut ramai. Semuanya kerana lepas satu, satu kontroversi juga gosip yang melanda dirinya.

Bermula dengan kisah cintanya dengan pelakon Fida Ibrahim putus di tengah jalan akibat kesilapannya sendiri – memuat naik gambar bekas teman wanitanya (Fida) itu ke dalam laman sosial yang menampakkan rambut pelakon itu.

Kemudian dia dihujani pula dengan kontroversi apabila memuat turun gambar pelakon dan juga Presiden Seniman, Zed Zaidi kemalangan yang dikatakan sedang nazak, sedangkan sebenarnya gambar itu hanyalah babak lakonan Zed dalam sebuah drama.

Terbaharu, namanya kembali ‘panas’ ekoran didakwa telah mencemarkan satu majlis kenduri perkahwinan dengan mencalitkan kek pada muka pengantin lelaki.

Selain itu, Mamat turut dikaitkan dengan isu dirinya yang nyaris dibelasah di sebuah pusat membeli-belah apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi (sportbike) miliknya di kawasan orang berniaga di Johor Bahru (JB), Johor.

Bekas anggota kumpulan Sepah ini berkata dia memang memiliki sportbike tetapi hal kononnya dia menaiki motosikal berkuasa tinggi itu (di kawasan perniagaan di Johor Bahru) dan nyaris dibelasah, memang tidak berlaku.

Tambah Mamat, kalaupun dia pulang ke kampungnya di Johor Bahru, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah atau bersiar di Singapura.

Sementara isu dikatakan dia ‘merosakkan’ majlis kahwin orang, Mamat menjelaskan ia berlaku setahun lalu. Pun begitu dia tidak rasa perbuatannya menimbulkan isu kerana majlis itu membabitkan kaum keluarganya. Kata Mamat, keluarganya memang ‘gila-gila’ dan insiden mencalit kek tidak menjadi isu pun kerana tidak menimbulkan kemarahan sesiapa.

Binggung dan tidak pasti bagaimana dua cerita ini tiba-tiba boleh timbul, Mamat berkata cerita kontroversi sebegini memang mencemarkan maruahnya.

 

Comments

  1. laen kali bfikir dulu sblom buAT..ko tu artis..silap langkah ko sndri yg tutup pintu rezeki ko jd artis..agy best wt bisnes

Speak Your Mind

*