Juri MLM2013 : Luna Maya vs Nora Danish, Siapa Menang Di Mata Anda ?

 

nora danish vs luna maya

Kami percaya ramai yang sekarang ini tengah syok ‘melekat’ kat Astro Warna atau Mustika HD pada Jumaat malam, semata-mata untuk menonton program realiti Maharaja Lawak Mega 2013.

Yelah, mana taknya. Pelawak-pelawak yang bertanding di dalam program realiti ni boleh dikatakan semuanya best-best belaka. Lebih-lebih lagi bila ada Sepahtu, Nabil, Jambu dan Shiro. Malah, kumpulan baru seperti Zero jugak tidak menghampakan dan seringkali ‘menyengat’ dengan lawak-lawak yang berkesan.

Apapun, tarikan Maharaja Lawak Mega 2013 ini bukan hanya tertumpu pada pelawak-pelawaknya semata-mata tetapi jugak juri undangannya. Produser filem tersohor, Datuk Yusof Haslam yang sentiasa berpewatakan serius tiba-tiba saja jadik diangkat sebagai juri program realiti ini. Mestilah ramai yang terkejutkan.

Satu lagi, bila ianya menampilkan dua jelitawan dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang sama-sama aktif dalam bidang pengacaraan serta lakonan iaitu Nora Danish dengan Luna Maya.

Manalah ramai yang tak melekat tengok program lawak ni. Yang melucukan bila ramai yang pulak yang sibuk membanding-bandingkan kecantikan Nora Danish dengan Luna Maya. Ada yang kata Luna Maya, ada pulak yang mempertahankan Nora Danish. Dah jadi macam pertandingan pulak.

So, apa pilih yang mana ? hot atas dunia, hot disana….. hurmm

Antara Luna Maya vs Nora Danish, Siapa Lagi Hot ?

View Results

Loading ... Loading ...

 

Speak Your Mind

*