Liyana Jasmay Sudah Mula Buat Persiapan Kahwin

 

Liyana Jasmay  Kahwin

Selepas enam bulan meninggalkan kerjaya seni di Malaysia dan menyambung pelajaran di New York, Amerika Syarikat, pelakon cantik Liyana Jasmay akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dan kini telah pun pulang ke tanah air.

Liyana dan ibunya, Habsah Simpon, 55, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kira-kira jam 11.30 malam tadi dan di sambut oleh bapanya, Jasmay Md. Shah, 58, serta tunang tersayang, Fathuddin Mazlan, 28.

Liyana memberitahu, dia tidak mengambil masa yang lama untuk berehat sebaliknya selepas ini dia akan terus memulakan persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung pada Februari 2013. Selain itu dia akan melaksanakan projek program TV terbitan produksinya, Mermaids Studios.

“Tak sempat berehat pun. Dalam seminggu dua ni saya mula sibuk buat persiapan kahwin. Sambil-sambil tu saya akan mulakan projek Mermaid. InsyaAllah selesai majlis perkahwinan nanti saya akan mula menjalani penggambaran sekitar Februari dan Mac.

“Dalam pada tu juga, ada satu filem yang perlu saya re-shoot selama tiga hari. Produksi filem berkenaan dah tunggu saya selama enam bulan untuk re-shoot semula filem itu dan saya tak mahu hampakan mereka. Selepas tu baru saya akan berehat selama sebulan. InsyAllah honeymoon”, katanya kepada malaysiandigest.com sejurus di temui sebaik saja keluar dari balai ketibaan KLIA.

“Kerja penting, kahwin pun penting! (gelak)”, sambungnya yang walaupun kelihatan letih tambahan terpaksa mengalami kelewatan penerbangan tetapi aktres berusia 24 tahun ini masih mampu mengukir senyuman manis.

Dalam masa sama, Liyana memanjatkan rasa syukur kerana sepanjang pengajian dia berjaya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang selama ini diimpikan.

Liyana menyambung pengajian jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, pada Julai lalu.

“Allhamdulillah saya dapat apa yang saya cari. Saya juga merancang nak buat filem pendek dan kemungkinan besar saya akan kembali semula ke New York untuk penggambaran”, katanya sebelum beredar untuk terus pergi menikmati makanan yang dirindui iaitu nasi lemak antarabangsa dan milo ais bersama keluarga.

 

Speak Your Mind

*