Mengandung 2 Bulan : Linda Hashim Terlantar 3 Hari Kerana Alahan

Linda Hashim Disahkan Mengandung

Walaupun usia kandungan baru mencecah 10 minggu, namun sinar kebahagiaan jelas terpancar di wajah pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim yang telah mendirikan rumahtangga pada 7 Jun lalu.

Berkongsi perihal kehamilannya, Linda memberitahu dia tidak mengalami simpton-simpton alahan pada waktu pagi, sebaliknya pada sebelah petang.

“Saya pernah terlantar selama tiga hari dan langsung tidak mempunyai kudrat untuk bercakap serta bangun. Alhamdulillah ada seorang kawan yang datang ke rumah dan mencadangkan agar saya mengamalkan minum air Zam Zam, kurma dan kismis,”

Tambah Linda lagi, selera makannya hilang sejak disahkan hamil, namun lebih gemar makan buah-buahan sehingga membawa bekal ke mana-mana sahaja. Kini, buah-buahan seperti pisang, epal dan pir  merupakan menu wajib diet hariannya. Malah, Linda masih mengamalkan pengambilkan air Zam Zam dan kismis yang banyak memberikannya tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian.

Sementara itu, Beego turut berkongsi pengalamannya yang turut terkena tempias alahan. Cerita Beego, sebelum Linda disahkan hamil, dia sering kali merasa tidak sedap perut ketika berada di set penggambaran.

“Saya tak boleh makan banyak kerana merasakan tidak sedap perut dan kadang kala apabila merokok, saya rasa tidak badan walaupun hanya dengan sekali sedutan. Mungkin ada yang kata klise, tapi itu yang saya alami sebelum mengetahui Linda mengandung,” ujar Beego.

Mengakui bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, Beego dan Linda tidak mahu terlalu merancang dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Kami tidak mahu terlalu merancang untuk mendapatkan cahaya mata, kerana kami berpendapat Allah sudah mahu mengurniakan rezeki kepada kita dan sebaiknya kita menerimanya dengan penuh rasa bersyukur,” ujar Beego mengakhiri perbualan.

Speak Your Mind

*