Linda Hashim & Beego Sambut Kelahiran Bayi Perempuan Bernama ‘Jelita’

Linda Hashim & Beego

Dari maklumat yang kami terima, isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari semalam, 22 April 2014.

Khabarnya juga, nama anak perempuan pasangan ini sudah pun di’pilih iaitu Jelita.

Belum ada lagi sebarang kemaskini di laman sosial mereka setakat ini namun dari gambar yang kami terima, keluarga dan rakan terdekat mengesahkan perkara ini. Tahniah buat keluarga Beego & Linda Hashim atas kehadiran orang baru ini.

Beego & Linda Hashim bernikah pada 8 Jun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.  -ROTIKAYA-

Speak Your Mind

*