Lana Nordin Akui Minat Lelaki Melayu Selepas Putus Dengan Lelaki Kulit Putih

Lana Nordin

Sebelum ini Lana Nordin pernah menghangatkan industri hiburan tempatan apabila memperkenalkan teman lelakinya warga Republik Czech kepada khalayak ramai. Ramai yang terkejut apabila pelakon yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia itu mengakui bercinta dengan lelaki mat salleh kacak dan jauh lebih muda darinya.

Menurut Lana, hubungannya dengan lelaki bernama Pavel Micahalec itu seakan mustahil untuk diteruskan memandangkan Pavel kini berada di negaranya untuk melanjutkan pelajaran. Cinta jarak jauh ni memang mencabar. Iyalah dia di sana, saya pula di sini. Agak susah kami nak teruskan hubungan. Buat masa sekarang saya tak ada kekasih. Tapi sebenarnya saya minat lelaki Melayu.

Bila ditanya apakah ciri-ciri lelaki Melayu yang diminatinya, Lana pantas menjawab seseorang itu mestilah matang dan mampu menjadi pemimpin untuk membimbing keluarga.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Lana kini baru sahaja selesai penggambaran sebuah drama berjudul Lara Cinta Qaseh. Untuk pengetahuan anda, drama ini memerlukan Lana untuk memakai tudung buat pertama kali di kaca televisyen.

Ketika diminta mengulas mengenai pengalamannya melakonkan watak sebegitu, Lana akui dia tidak kekok kerana pernah bertudung sewaktu di zaman persekolahan. Malah Lana juga mendedahkan mempunyai hasrat untuk berhijrah satu hari nanti.

Insya-Allah satu hari nanti saya akan bertudung betul-betul. Tapi saya kena pastikan saya betul-betul bersedia sebelum berhijrah. Biarlah hati dan diri saya konsisten untuk berubah bila tiba masanya nanti.

Dalam masa yang sama, Lana memberitahu bahawa ibu bapanya sering memberi kata nasihat namun tidak memaksa untuk berubah sehingga dia benar-benar bersedia.

Speak Your Mind

*