Kos Merisik Rozita Che Wan Di Carcosa Seri Negara Hampir RM10,000?

 

Rozita dan Zain

Pelakon popular Rozita Che Wan, 42, hari ini memberitahu sungguh pun majlis merisik dirinya yang berlangsung Ahad lalu di Carcosa Seri Negara nampak mewah namun jumlah perbelanjaan untuk menjayakan majlis itu tidaklah sebanyak yang disangka oleh pihak lain.

Enggan mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan untuk majlis itu, menurut Che Ta dihitung secara kasar majlis itu tidak mencecah RM 10,000.

“Tidaklah semewah mana, saya hanya bayar untuk lokasi sahaja. Baju, solekan serta lain-lain, saya banyak dapat penajaan,”

Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, Ahad lalu telah dirisik oleh keluarga teman lelakinya, pelakon Zain Saidin dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu.

Menjawab mengapa majlis ini tidak hanya berlangsung di rumahnya sahaja, menurut Rozita, kawasan yang kecil serta tidak sesuai untuk menerima tetamu yang ramai membuatkan dia memilih lokasi Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

 

Comments

  1. Wow! RM10k je utk majlis merisik? Utk mjlis nikah berape la pulak ye? Huhu

Speak Your Mind

*