Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Wired Celebrity Award 2013

Khairy Jamaluddin

Buat pertama kali dalam sejarah, Shout! Awards 2013 telah menotakan ahli politik iaitu YB Khairy Jamaluddin (KJ) sebagai Wired Celebrity. KJ yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia meraih anugerah yang mengiktiraf bakat kreatif melalui media sosial menerusi medium Twitter, Instagram ataupun Facebook pada kemuncak anugerah berprestij itu yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Sekaligus KJ menewaskan pesaing-pesaingnya yang merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air iaitu Aaron Aziz, Adibah Nor, Fatimah Abu Bakar, Sofea Jane dan Yuna.

“Saya terharu dengan kemenangan ini kerana kebiasaannya saya hanya menonton anugerah ini di televisyen,” katanya ringkas pada sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau menerima trofi di pentas.

Selama tiga jam bersiaran acara yang dibanjiri lebih 10,000 penonton itu dihangatkan lagi dengan persembahan hebat berpaksikan tema persembahan Electronic Dance Music.

Antara artis yang membuat persembahan seperti Imma Bleep You Up DJ’s, Daniel Veerapen, Vince Chong, Sharon Chong dan Inversion Crew, Joe Flizzow, Reshmonu, Paperplane Pursuit, Najwa Latif & Froya, Salam Musik dan Manifesto.

Berikut senarai penuh pemenang Shout! Awards 2013 :

Ultimate Shout! Award
Joe Flizzow

MUZIK
1. Popstar Award
Hafiz Suip

2. Flava Award
Mizz Nina (feat. Jay Park)

3. Rockstar Award
Bunkface

4. Power Vocal Award
Hafiz Suip

5. Music Video Award
KRU (feat. Stacy) ‘Semalam Tanpamu’

6. Break-Out Award (Best New Act)
Jay Walia

TV/FILEM
7. Best On-Screen Chemistry Award
Zizan Razak & Johan (Raja Lawak 7)

8. Fresh TV Series Awards
Sebenarnya Saya Isteri Dia (TV3)

9. Breakthrough Local Feature Award
Filem Kil

10. Favourite TV Program Award
Versus 2 (TV9)

11. Favourite TV Personality Award
Zizan Razak (Melodi)

RADIO
12. Coolest Radio Announcer Award
Fara Fauzana (Hot FM)

13. Favourite Radio Show Award
Johara Pagi Era (Era FM)

WORKS
14. Hot Chick Award
Nur Fazura

15. Hot Guy Award
Aaron Aziz

SOSIAL MEDIA
16. Wired Celebrity Award
Khairy Jamaluddin (@Khairykj)

17. Shout! Aloud Award
Matluthfi90

Speak Your Mind

*