Remy Ishak Tolak Dakwaan Punyai Kekasih Baru, Akui Masih Single

 

Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak menjelaskan dia masih lagi solo walaupun tersebar gambar dia dengan mana-mana wanita.

Remy, 30, berkata, sebuah foto yang menyaksikan seorang wanita bergambar dengannya secara rapat mungkin peminat fanatiknya dan ia bukanlah isu yang harus dikontroversikan.

“Saya harap, tidak ada pihak yang akan menimbulkan spekulasi menerusi sekeping gambar biasa.

“Wanita itu mungkin peminat atau rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo,”

Selain itu, tambah Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, selepas hubungan cinta antaranya dengan aktres Tiz Zaqyah putus, dia lebih memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan yang diceburinya itu.

“Sekarang ini memang saya tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan.

“Ini kerana walaupun kita memberikan penjelasan yang jujur, terdapat pelbagai persepsi yang akan timbul daripada ungkapan yang dikatakan itu,” katanya.

 

Speak Your Mind

*