Ainan Tasneem Selesa Kongsi Soal Teman Lelaki

 

kekasih ainan tasneem

SUMBER GAMBAR : GOOGLE (yang tak boleh dipercayai)

Beritahu, salah. Kalau sorok pun, salah. Itu yang terjadi kepada pendatang baru, Ainan Tasneem, apabila mededahkan kepada umum yang dia kini sudah mempunyai teman istimewa. Lantas ada sesetengah pihak yang menganggap sikap berterus terang itu seperti mencari publisiti murahan bagi menaikkan namanya.

Apatahlagi, baru-baru ini di sebuah blog hiburan menulis tentang perihal Ainan Tasneem yang dikatakan asyik berkepit dengan teman lelakinya itu, di kampus.

Bertemu penyanyi berusia 20 tahun ini di sewaktu di sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik baru-baru ini, MD mendapatkan komen daripada Ainan mengenai isu tersebut.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan berkata, sebenarnya dia sendiri risau dengan hubungan ini lebih-lebih lagi kini banyak mata yang memandang semenjak dia bergelar selebriti.

Namun tindakannya berterus-terus terang dirasakan lebih baik dan tidak mahu peminat menganggap yang bukan-bukan, pada masa akan datang.

Ainan yang kini sedang menuntut di Universiti Malaysia Perlis memberitahu dia dan teman lelakinya mula berkenalan sejak mereka sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Perak. Dan kini mereka juga sedang menyambung pelajaran di satu universiti yang sama.

Facebook Kekasih Ainan Tasneem : Faizal Fredley

“Sebenarnya peminat dah lebih matang. Kalau saya cakap saya tak ada teman lelaki, tapi hakikatnya saya ada teman lelaki, saya rasa lagi peminat lagi tak suka sebenarnya. Mereka (peminat) lebih tahu. Apatah lagi zaman sekarang ada Facebook dan sebagainya. Dan saya selesa untuk berkongsi dengan peminat.

“Saya juga mendengar nasihat daripada seorang artis senior. Dia kata, lebih baik beritahu kepada peminat daripada sorok-sorok. Peminat akan lebih hormat kita daripada menipu. Saya pun tak pernah tunjuk siapa teman lelaki saya. Di fanpage saya pun, tiada gambar kami. Saya juga faham kalau asyik bercerita tentang teman lelaki, orang pun akan bosan dan marah. Cukup setakat saya beritahu yang saya ada kekasih.”, kata penuntut tahun dua, jurusan kejuruteraan Bio Process ini.

Mengenai persiapan untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik, Ainan berkata dia tidak menyangka lagu ciptaannya,Aku Suka Dia, layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 27.

“Sejujur ini satu penghormatan untuk saya. Saya pun tak sangka lagu ni dapat masuk separuh akhir. Masa saya cipta lagu ni, saya hanya ambil masa satu jam saja. Diharapkan peminat akan lebih mengenali saya selepas Muzik Muzik ini. Setakat ni saya tengah memikirkan baju yang sesuai untuk hari tu nanti”,

Tambahnya, dia sendiri pada awalnya kurang yakin dengan lagu tersebut memandang liriknya yang sangat santai berbanding lagu-lagu lain yang sedia ada. Namun setelah diyakinkan oleh syarikat rakamanya, MVM, dia bersetuju untuk mempertaruhkan lagu ini sebagai single pertamanya.

“Masa nak rakam lagu ni, saya ada tanya pada syarikat rakaman, okay ker lagu ni sebab lirik die simple. Mereka kata, lagu seperti ini yang pendengar mahukan. Dan walaupun liriknya lagu ni santai, kekuatan lagu ni pada melodi dan susunan muziknya”, ujarnya.

Dalam pada itu menjawab mengenai dakwaan ada peminat mula menbandingkan dirinya dengan Najwa Latif, penyanyi ini menjelaskan “Saya tiada persamaaan dengan Najwa (Latif). Muzik saya lebih kepada balada dan selepas ni saya harap saya dapat mencipta banyak lagi lagu bergenre balada.

 

Comments

  1. “Saya juga mendengar nasihat daripada seorang artis senior. Dia kata, lebih baik beritahu kepada peminat daripada sorok-sorok. Peminat akan lebih hormat kita daripada menipu.

    betul bendul si ainan ni…..

  2. Klu ada yg komen,cakap elok2,jgn suka kondem,dan suka menggunakan bahasa kesat ,kdg2 lucah.tk salah membetulkan atau menegur,yg penting kita ambil berat bila soal akidah dan hukum disentuh dan jg klu kita tahu sadikit ilmu tu apa salahnya kongsi ilmu tu,Dari kita memperlekehkan cuba marhasabah diri dan fikir sedalam2nya…Tk semestinya nk beritahu kita dari Universiti AL Azhar ke atau belajar pondok baru pendapat kita diterima,yg penting tujuan kita menghebahkan danmenasihati ,yg penting cara penyampaian dan logik mengikut hukum ALLAH…Tk tau kita bertanya,klu dah tahu jgn mendabik dada ,kongsi lah bersama2 demi perpaduan ummah dan kebaikan semua..

  3. Allah, hitam lagi. Why always white chicks got the black sheep ah?

  4. saysssssiss says:

    hahahah..bukan lah..nie bukan bf die..adoi memandai jee..i hari2 tgok dorg dulu..bf die okey jee

  5. sy knl ainan dr matrik lg. boyfrens dye 1 lecture hall dgn sy. mizi. ok, sape faizal fredley?? x malunye mngaku jd boyfren dye? eeiiuuuuuu……..

    • hahaha..nak bgtau ko satu kelas ngn bf dia la..bajet star…ko igt aku lapaq sgt nak jd bf ainan? perangai ainan n bf pom cam haram..igt aku kebulur nak kapel ngn dia..mati hidup semula pun aku x kan la fatin oit….igt sikit aku ni senior ko kat unimap x payah nak berlagak star ar…..ainan je pom kalau neelofa ok lah jugak.hahaha…

      • +1 faizal… ainan tak laa cantik mana pun…
        cuba tgk dari dekat kulit dia…. Zzzz

        bukan nk kutuk kejadiaan Allah…
        tapi nak cakap… “ingat byk ke lelaki terhegeh kat si ainan ni ?”
        takat layan lagu boleh ler…. #hehs

Speak Your Mind

*