Kejutan Yusri Buat Lisa Surihani Sempena Ulangtahun Perkahwinan Pertama

Lisa Yusry

Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu.

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

“Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.

“Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.

“Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya,”

Difahamkan rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu. Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.

“Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya,” katanya.

Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Kami doakan semoga ikatan perkahwinan kalian berdua terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby. Amin.

Speak Your Mind

*