Kakak Datuk Siti Nurhaliza, Saida Bercerai Dengan Suami

 

saida

Siti Norsaidah Tarudin


Minggu lepas lagi Limau ada terdengar yang kakak kepada penyanyi No 1 negara, Saida telah memfailkan tuntutan cerai di mahkamah hari ini. Mahkamah menetapkan 20 Disember sebagai tarikh sebutan semula bagi memberikan tempoh untuk Saida dan suaminya berbincang. Manalah tau kalau-kalau perkahwinan mereka boleh diselamatkan.

Punca penceraian Saida dan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak pula Limau tahu. Tapi apa yang Saida cakap dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan perkahwinan mereka telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.


Kesian kat anak-anak je bila suami dan isteri bercerai. Anak-anak Saida dan Ghazali ada 4 orang dan masih kecil lagi, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.

Limau Ais: Tak tahu nak komen, tiba-tiba je nak bercerai. Apa pon puncanya, elakkan lah dari bercerai

 

Comments

  1. What?

  2. budak comel says:

    eemm x abis2 cite pasal cerai-berai ni… apa nk jadi la dunia sekarang ni? seronok sgt kot bercerai2 ni? kak saida ni dulu saya tgk before jd artis ok je, pakai tudung, pompuan melayu terakhir la kiranye, bila dah jadi artis abis tggal terus tudung tu…. mungkin sbb ni jgk kot puncenye…demi kebahagiaan rumahtgga, baik ikut saja apa yg suami inginkan,pasal menyanyi2 tu x payah ler xde bakat pun,,,,piching pun byk lariiiii

  3. buat siti saida kembali menjadi isteri dan ibu kepada anak dan suami. menyanyi tak membawa kemana pun hidup ni malah menjadi dosa kepada kita kerana suara wanita adalah aurat. fikirlah anak2 kerana mungkin kita rasa boleh bebas tapi apa yang ada di hati anak2 tak ada siapa yang faham. rumahtangga mana yang tak bergoncang malah laut mana yang tak dilandai badai kalau tak diuji oleh allah mana kita boleh melalui hidup. saya pernaah diuji di bawa pulang kerumah, melawat kehospital semasa sakit namun kesabaran dan kecurangan yang lakukan berlaku didepan mata saya harungi juga alhamdulillah 20 thn usia perkahwinan kami kini kami bahagia semula bersama anak2.

  4. Dunia artis … ini lah salah satu dugaan…
    Semoga tak sampai lah nak bercerai berai… saya doa kan yang terbaik untuk family saida..

  5. cerai? bagus juga sbb saya minat kat saida bila masuk af tuur! mana tau ada can. apax pun jom layan

  6. terperanjat la sbb saidah nampak ok je dengan husband dia… tp mungkin sbb dunia artis kan.. benda kecik jadi besar.. mana ada rumahtangga yg x bergegar kalu isteri atau suami mesra semacam dengan kawan berlainan jantina.. kan cemburu tanda sayang.. tp malangnya telinga plak lekas panas.. so korbannya anak2 lae…

Speak Your Mind

*