Bekas Kekasih Nasihatkan Johan As’ari Jangan Jadi ‘Playboy’

Johan asari playboy

Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As’ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita. Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.

“Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya,” 

Ezreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.

Tambah Ezreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.

“Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.

Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

Comments

  1. die perasan kacak kot

  2. syiok sendiri…konon nya pecah rekod ramai girlfriend.. tengok cermin dulu, tak macho pun..

  3. hmmm….masa mula2 lana bercinta dgn johan dulu kemain lagi ckp yg dia prnah kirim doa kat lisdawati masa lisda pergi Mekah. kononnya doakan yg dia berjodoh dgn lelaki beriman.. lol…ajet2 doa dia tu kabul lah..
    lepas break ni,agak2nya apa pulak crita dia…
    johan tu pun satu…semua pompuan dia nak try..epasni entah dgn siapa pulak dia nak bercinta [lah sangat] let me guess..pasni dia akan cakap dia nak kawen ngan pompuan tu AGAIN…kah3…… hish…apa-apa sajalah nok…
    bodo punya lana…x jadi pakai tudung lah dia tu nampaknya…nmpak sgt dulu pakai tudung hangat2 taik ayam…
    ==”

Speak Your Mind

*