Irma Hasmie Bahagia Menunggu Saat Kelahiran Anak Sulung

Irma Hasmie Dan Suami

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara, Irma Hasmie. Tentu peminat Irma ingin mengetahui keadaan semasa pelakon ini. Apatah lagi Irma kini sedang hamil anak pertama.

Menurut Irma, kandungannya kini sudah pun berusia tujuh bulan dan dia sudah pun membuat imbasan (scanning) ke atas kandungannya itu. Bayinya kini berada di dalam keadaan sihat. 

“Sepanjang tempoh kehamilan ini, memang tak banyak ragam sangat. Awal-awal dulu adalah alahan sikit-sikit, tetapi Alhamdulillah sekarang semuanya berjalan lancar. Makan pun selera dan saya bersyukur kerana tak banyak masalah yang dihadapi”, ujar Irma yang mengakui sedang menikmati hari-hari bahagia menjelang kelahirannya nanti.

“Saya dah scan kandungan saya. Alhamdulillah. Kandungan sihat dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Saya scan ini hanya hendak tahu tentang keadaan kandungan sahaja. kalau hendak tahu sama ada jantina bayi ini lelaki atau perempuan, semuanya kena tunggu bayi ini lahir dahulu. Surprise!,” ujar Irma yang kelihatan cukup manis walaupun sarat mengandung.

Dalam masa yang sama, Irma masih lagi terlibat dengan program ‘Assalamualaikum’ yang bersiaran di TV Al-Hijrah. Irma akan berehat daripada sebarang aktiviti seni tiga minggu sebelum menjelang tarikh jangkaan bersalinnya iaitu sekitar Mac. Irma akan kembali menerima tawaran berlakon selepas melahirkan nanti.

Selain sibuk mengacara, Irma yang merupakan duta kepada tudung D’Haja juga sibuk menyertai beberapa acara kebajikan di samping memenuhi undangan ke majlis-majlis dan acara-acaralain.

Speak Your Mind

*