Ibu Eina Azman Pertahan Anaknya, Selepas Dituduh Ibu Afiq Muiz ‘Kaki Kikis’

eina azman dan afiq muiz

Menyedari akan reaksi negatif peminat dan orang ramai terhadap cerita Afiq Muiz apatah lagi seorang gadis dilihat seolah-olah seperti masuk campur dalam krisis yang melanda ibu dan anak tersebut, namun ibu kepada Eina Azman iaitu berkata Amy Roshaida memberitahu bahawa mereka punya alasan yang kukuh untuk terlibat sama di dalam isu tersebut.

Biarpun Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakira Azman,18, telah diheret sama dalam perkara ini walaupun pada awalnya namanya tidak disebut tetapi sudah jelas bahawa dia seorang sahaja yang rapat dengan Afiq Muiz ketika ini. Memandangkan isu ini turut melibatkan soal maruah, maka Amy Roshaida berkata, dia terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis.

“Selepas Afiq dihalau keluar dari rumahnya, saya dan anak (Eina) yang telah lama mengenalinya menjadi orang yang seringkali dia jumpa untuk mengadu sebarang masalah. Saya faham perasaan yang dia alami tetapi kami tidak pernah menghasut atau menghalang dia pulang kerumah.

“Padahal saya yang menyuruh dia berbaik semula dengan ibu dia. Saya kata pada dia walau apa sekalipun yang berlaku itu ibu. Tetapi dia pula berkeras kerana menurut Afiq, dia lebih mengenali siapa ibunya.

“Jadi saya tidaklah berkata apa-apa lagi hinggalah nama anak saya tiba-tiba dituduh nak mengikis duit Afiq. Kalau mana-mana ibu pun yang mendengar anaknya dituduh begitu pasti, mereka tidak akan senang duduk.

“Lagipun kami bukan tak ada duit sampai nak mengikis duit Afiq. Diharapkan orang yang kata anak saya nak mengikis tu siasat dulu siapa yang kikis duit siapa. Tunjukkan bukti anak saya kikis duit Afiq. Cerita begini menjatuhkan maruah keluarga saya,”cerita Puan Amy Roshaida yang turut hadir pada sidang akhbar pada Selasa lepas di Subang.

Selain daripada itu wanita berusia 46 tahun ini turut tidak merestui jika Afiq Muiz bakal jadi menantunya kerana Puan Amy tidak mahu anaknya kelak hidup dalam kebencian daripada ibu mertua jika hal ini tidak dijelaskan juga diselesaikan dengan cara betul.

“Memang semua orang kata anak saya dan Afiq bercinta tetapi pada saya berkawan ke bercinta, Eina sepanjang masa ada dengan saya. Mereka pun dah lama rapat. Jadinya soal cinta saya tak tahu tetapi memang Afiq rapat dengan kami.

“Anak saya baru berusia 18 tahun dan masih terlalu awal nak cakap pasal kahwin dan sebagainya. Tapi kalau lihat dengan keadaan sekarang, saya tak bagi anak saya kahwin dengan Afiq.

“Dia (Eina) sahaja telah dituduh mengikis, takkan saya nak lepaskan dia masuk ke dalam keluarga yang akan membencinya nanti. Saya pun hairan kenapa mereka boleh tuduh Eina kikis duit Afiq.

“Apa yang ada pada Afiq? Kalau betul anak saya kaki kikis, lebih baiklah dia rapat dengan individu yang lebih berkedudukan,”jawab ibu kepada Eina Azman ini.

Ketiga-tiga mereka ini tampil pada sebuah sidang akhbar di Subang pada Selasa lepas sebaik sahaja tersiarnya cerita mengenai luahan hati ibu Afiq Muiz di portal mStar. Ibu Afiq, Hasliza Mohd mengatakan anaknya itu telah membelakangi keluarganya selepas popular dan semenjak rapat dengan pelakon perempuan yang didakwa merujuk kepada Eina Azman.

Comments

  1. emak jugak says:

    emak nya pun bawak la mengucap panjang.. anak kau tu kot yg kau maki2 tu..kalau emak tunjuk perangai buruk mcm mana anak nak berperangai cantik.anak tu dh tentu2 belom matang.. emak nya pulak tunjuk perangai tak empuk.memang malang la kau Afiq

  2. Ada Nama says:

    ibu bapa mencorakkan keperibadian anak2..elok keperibadian ibu dan bapanya..elok la keperibadian anknya…

  3. Merpati putih says:

    Walau apa sekalipun..artis ke siapa saja..tak perlu nk buat sidang akhbat buka pekung didada…mak mungkin buat mcm tu kerana dia sudah tiada jalan untuk mengharapkan anaknya kembali padanya…walaupun mak dia minta duit..itu hak dia..sebab itu ank dia..kita sebagai anak perlu mengalah walaupun kita rasa kita benar…kerana mb mengalah akan membawa banyak kebaikan..kenapa mesti diikutkan cakap org luar..tiada saudara mara rapat lain ke yang boleh bantu? Bila org x berkenaan masuk campur urusan keluarga porak perandalah…

  4. Tak ada nama says:

    kpada ibu, xbaik nk menyumpah ank..
    kpada anak: jgn la brdendam dgn ibu mu.. baik buruk, tu la syurgamu..
    berhati2 lah, takot x cium bau syurga…kpda eina, jgn nk cucuk2 lg bleh x? bikin panas jer… hormat ckit org tua..silent is bette rite? ade otak, pkir la….wassalam

Speak Your Mind

*