“Kalau Bedah Hidung Untuk Cantik, Kenapa Tidak?” – Hanez Suraya

 

Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya berpendapat tidak salah sekiranya seseorang itu membuat pembedahan plastik pada wajah untuk kelihatan lebih cantik. Apatahlagi jika individu itu bergelar figura umum kerana mereka perlu kelihatan sempurna setiap kali berdepan dengan masyarakat.

“Pembedahan plastik dah jadi satu perkara normal bagi sesetengah orang. Bagi saya, kalau seseorang itu terutama kalau dia seorang artis nak buat pembedahan plastik untuk cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing. 

“Tapi tentang hal saya bedah hidung, itu tidak benar. Siapa yang buat cerita ni? Memang saya ada bercuti di Bali tapi itu sewaktu hari raya Aidilfitri lalu”, katanya Hanez Suraya ketika ditemui pada majlis sidang media Media Prima Screening 2014, di KLCC, semalam.

Pelakon I Love You Mr. Arrogant ini berkata demikian tatkala diminta mengulas dakwaan dia menjalani pembedahan hidung di Bali baru-baru Memang saya ada ke Bali sewaktu raya lalu.

Dalam pada itu Hanez berkata dia percaya khabar angin tersebut mungkin sengaja disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak menyukai kehadirannya dalam industri.

“Saya tahu ada pihak yang nak jatuhkan saya. Biasalah bila nama kita dah stabil dalam bidang ni, ada orang yang tak senang dengan kita. Perkara itu normal. Saya tahu siapa yang cuba nak jatuhkan saya. Tap dia kena ingat, negara kita ni ada undang-undang. Kalau dia nak teruskan juga perbuatan dia, silakan”, katanya.

 

Speak Your Mind

*