Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Berkawan Rapat Atau Bercinta ?

 

Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha

Bertemu dengan Hairul semasa majlis previu FFSM bersama selebriti program itu di Publika, Dutamas baru-baru ini yang turut dihadiri peserta-peserta rancangan realiti tersebut.

Bagaimanapun semua tetamu terkejut apabila aktres cantik jelita yang sedang meningkat naik, Hanis Zalikha turut hadir pada majlis tersebut. Lebih memeranjatkan lagi apabila Hanis disambut sendiri oleh Hairul.

Pada malam tersebut Hanis tidak dibenarkan masuk ke kawasan khas disediakan, tetapi Hanis berjaya masuk selepas menghubungi Hairul.

“Ya, memang saya yang ajak Hanis datang…Lagipun dia kan sebahagian daripada keluarga Astro selepas dilantik sebagai wajah baru Astro baru-baru ini kan…Tak salah rasanya jika saya ajak dia menonton FFSM bersama.

“Hubungan kami memang tidak lebih daripada sahabat. Kami dah berkawan lama dah dekat lapan tahun saya kenal Hanis,” katanya.

Tetapi, kemusykilan para tetamu FFSM tidak berakhir di situ kerana semasa majlis sidang media sedang berlangsung, Hanis turut berada di situ beberapa minit sebelum melambai dan memberi ‘isyarat’ kepada Hairul.

“Hahaha..nampak jugak eh? Tak adalah, dia dah nak balik tu sebab itu dia jumpa saya dulu. Betul…kami tiada apa-apa hubungan sebab buat masa ni Hairul tak terfikir lagi nak ada teman wanita,” katanya tergelak.

Sebelum mengakhiri perbualan, Hairul sempat menjawab panggilan dari seseorang dan kami sempat mengusik “Hanis ke?”… Dengan pantas Hairul menjawab “ehhh…mana ada…hahahah”.

Kalau betul Hairul dan Hanis sedang berpacaran pun apa salahnya. Kerana setahu kami, kedua-duanya masih solo dan sedang mencari pasangan kan?

 

Comments

  1. nyonya manja says:

    Hanis tu dh ada pakwe la

Speak Your Mind

*