16 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fizz Fairuz & Almy Nadia

Gambar Nikah Fizz Fairuz & Almy Nadia

Pelakon Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat.

Almy Nadia berwalikan wali hakim. Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin RM1,001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah,” katanya

Comments

  1. Akhirnya berjaya disatukan… Alhamdulillah Fizz & Almy

  2. terbaik and tahniah….

Speak Your Mind

*