Gambar Neelofa Di Timur Tengah Untuk Pengambaran NONA (10 Gambar)

 

Gambar Neelofa Di Timur Tengah

Baru sahaja mencecah usia 24 tahun. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi dan sudah pasti angka tersebut melambangkan fasa remaja yang masih ditempuhi.

Namun banyak yang sudah ditempuhi oleh figura yang seorang ini dalam usianya yang masih hijau. Cukup untuk melambangkan kegigihannya.

Awal pembabitan Neelofa Mohd Noor sudah diterjah dengan pelbagai kontroversi. Dituduh bercakaran dengan pelbagai nama, ramai yang mula sangsi pada wanita yang seorang ini.

Tak usah menyelak kembali sejarah tersebut memandangkan segala-galanya sudah tinggal kenangan. Di sebalik sisi negatif seperti yang dilemparkan umum, ada banyak kebaikan yang mengiringi.

Dia sudah tidak lagi melatah saat terhimpit cerita buruk. Sikap positif yang ditunjukkan Neelofa sejak akhir-akhir ini juga cukup menyerlahkan lagi persona dirinya.

 

Comments

  1. Excellent web site you have got here.. It’s hard to
    find high quality writing like yours nowadays.
    I truly appreciate individuals like you! Take care!!

Speak Your Mind

*