Gambar Romantis Nabila Huda Bercuti Bersama Nas-T Di Bali (6 Gambar)

Gambar Nabila Huda Nas-T

Sabtu lalu pasangan yang sedang hangat bercinta, Nabila Huda dan Nas-T difahamkan telah bercuti ke Bali bersama dan berita ini telah disahkan oleh Nabila sendiri menerusi laman Twitternya.

Nampaknya sepanjang berada di sana, aktres yang baru sahaja menyandang gelaran ‘Pelakon TV Wanita Popular’ ini telah sempat kongsikan beberapa foto romantisnya bersama kekasih hati menerusi laman Instagram dan menerusi respon peminat di laman tersebut, ramai yang memuji keserasian pasangan ini dan mendoakan semoga suatu hari nanti hubungan mereka akan berakhir dengan ikatan yang lebih serius.

Jika dilihat daripada foto-foto yang dimuat naik, nampaknya mereka bukan sahaja bercuti di Bali malah turut menghabiskan masa bersama di Bandung.

Speak Your Mind

*