Foto Fouziah Gous Bersama Kekasih, Sahkan Akan Kahwin Tahun Ini (6 Gambar)

Kekasih Fouziah Gous

Selepas sekian lama dihimpit gosip bercinta dengan lelaki bergelar Datuk Seri, akhirnya khabar terbaru dari mulut tuan empunya diri sendiri, mengesahkan yang dia bakal berkahwin. Tetapi bukan dengan individu berstatus VIP itu, sebaliknya dengan seorang ahli perniagaan muda.

Fouziah Gous mendedahkan status sebenar diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

“InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja”

“Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak,” kongsi Fouziah yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama lagi.

Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula”

“Apa yang boleh saya katakan, dia memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami kelak. Walaupun sudah setahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih serius ini baru sahaja terjalin,” jelas Fouziah Gous yang turut nafikan dakwaan merampas kekasih orang.

Speak Your Mind

*