Foto Sekitar Anugerah Industri Muzik 20 (12 Gambar)

Gambar di Anugerah Industri Muzik 20

Sememangnya setiap kali berlangsungnya mana-mana anugerah berprestij, sesi bergambar karpet merah tidak pernah ketinggalan dibuat. Sesi ini diadakan bagi menyerlahkan penampilan menarik para selebriti yang hadir.

Begitu juga dengan Anugerah Industri Muzik 2013 yang mana sesi bergambar karpet merah yang dihoskan oleh dua pengacara muda, Hefny Sahad dan Dahlia Shazwan diadakan sekitar jam 8.30 malam tadi menerusi acara Karpet Glamor.

Malam Kemuncak Segalanya Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) menyaksikan penyanyi muda berbakat besar Hafiz Suip menggondol  tiga anugerah pada malam anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.

Penyanyi berusia 23 tahun ini memenangi kategori Album Terbaik menerusi album Luahan Hati Anak Seni. Album kedua beliau itu turut memenangi kategori anugerah Rakaman Album Terbaik bersama jurutera bunyinya, C.L Toh.

Foto : OhBulan.com

Di bawah ini adalah senarai penuh pemenang yang berjaya membuktikan bakat mereka di dalam bidang seni muzik.

Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dayang Nurfaizah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hafiz

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Bila Resah (Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Once (Hilang Naluri)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – In The House (nyanyian Goldfish&Blink feat. Altimet & ZE) komposer / penulis lirik Altimet/ZE

Lagu Pop Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Lagu Rock Terbaik – Di Bawah Gerbang Skaea (Amy Search), Komposer/ penulis lirik Edrie Hashim Buddhi Hikayat

Lagu Nasyid Terbaik – Mawar Berdarah (nyanyian Rabbani), komposer/penulis lirik – Binuri

Lagu Pop Etnik Terbaik – Pahlawan Zafana (nyanyian Ilham Ismail), komposer/penulis lirik Ilham Ismail, Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Pelat (nyanyian Salammusik ft. Zion) Dread komm DJ Fuzz Jay Tan, Ezya Bahra, Zion Dread&Salam

Video Muzik Terbaik – #1 (Pretty Ugly & Altimet) Pengarah : Perez Oldskool

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Anuar Zain & Dayang Nufaizah (Sedetik Lebih)

Rakaman Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)

Kulit Album Terbaik – Penglipur Lara (Hazama)

Artis Baru Terbaik – Alex Subryn

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Saujana (Salam Atasmu)

Anugerah Seri Wirama – Tan Sri Dr. Tony Fernandez (Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia)

Anugerah Kembara – Shila Amzah

Lagu Terbaik – Lelaki (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna

Speak Your Mind

*