Fizo Omar Tak Malu Pun Putus Cinta Dengan Bakal Doktor, Fatin Liyana ?

 

Fizo Omar Fatin Liyana

Sebelum peminat Fizo Omar mengetahui bahawa dia sedang bercinta dengan wanita bernama Hasmidar Jaafar atau Haas awal Januari lalu, pelakon ini pernah menyatakan bahawa dia sedang menyulami hati budi seorang wanita yang bakal bergelar doktor.

Bagaimanapun, tatkala itu, Fizo mengambil langkah selamat dengan tidak mendedahkan gerangan empunya badan yang berjaya menawan hati bekas hero remaja ini.

Sungguhpun hubungan Fizo bersama bakal doktor itu tidak kesampaian seperti mana hubungannya dengan Haas, segelintir pihak mula tertanya adakah Haas menjadi punca hubungan itu berakhir?

Apatah lagi, Fizo telah mengakui mengenali Haas ketika dia masih lagi berhubungan dengan bakal doktor tersebut.

“Saya dengan bakal doktor itu masih lagi baik. Tapi, saya tidak berasa malu berpisah dengan dia. Kami berpisah bukan sebab bergaduh. Faktor utama kami tidak lagi bersama adalah kerana cinta jarak jauh. Dia berada di Indonesia dan saya di sini.

“Saya terima hakikat bahawa cinta saya dan dia tidak ke arah ada jodoh. Saya percaya bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Saya terima penghujung saya dengan bakal doktor itu dan saya takut benda itu terjadi kepada saya lagi.

“Sebab itulah saya tidak mahu terlalu bercerita mengenai soal cinta saya. Saya serik dan takut ia menjadi tekanan yang berat dalam hubungan saya dengan Haas,”

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan ibunya terima keputusannya menjalinkan hubungan cinta dengan Haas. Bagaimanapun, Fizo yang dikenali sebagai anak emak menerima amaran daripada ibunya terhadap hubungannya bersama wanita itu.

“Mak saya okay dan fleksibel. Mak saya cakap pada saya, kau yang nakkan dia, pandai-pandailah kau yang memilihnya. Mak saya mahukan yang terbaik untuk saya. Mak saya nak saya kenal Haas dulu. Sebab mak kata selalunya identiti seseorang itu boleh dikenal pasti selepas enam bulan mengenalinya,” ujarnya.

Menjelaskan sebab dia menerima Haas yang dikenali sejak setahun lalu, Fizo berkata wanita tersebut mempunyai banyak persamaan terhadap dirinya.

“Insya-Allah, dia akan bantu saya pada masa akan datang. Sebelum ini, Haas belajar dan dia baru saja menyambung pelajaran di Lim Kok Wing. Saya dan dia mempunyai minat yangs sama. Kebetulan pula kami lahir di bulan yang sama iaitu Julai. Saya lahir pada 19 Julai dan dia pula pada 18 Julai,” jelasnya.

LIMAUAIS : Benarkah bakal doktor yang dimaksudkan itu blogger Fatin Liyana Asri ?? “Fizo mengambil langkah selamat dengan tidak mendedahkan gerangan empunya badan yang berjaya menawan hati bekas hero remaja ini.” hehs !

LIMAUASI : Masa program bersama Dr Fadilah Kamsah cakap kat audien nak cari yang muslimah tapi free hair juga yang dicari. Jenis cakap tak boleh pakai. hehs ! Baca SINI

Fizo dan Haas

 

Comments

  1. ajal maut jodoh pertemuan ditentukan oleh ALLAH…..siapa pun pilihan FIZO adalah urusannya,bertudung atau tidak empunya diri je yg tahu keimanannya…..doakan yg terbaik.,

  2. fatin liyana tu..
    idaman blogger lelaki kot..
    hihi

  3. la xsangka lak fatin liyana tu…klu FL tu,mmg suai sgt la dgn fizo…tp nk buat mcm ne klu xde jodoh…

  4. Ergghh kalo ko baca blog fatin tu, ko tau dah si fatin tu dah ada buah hati before dia g rancangan kopi o tu.. adoinye pun ko ni fizo, asal nampak cantik je ko nak kaut ek?

  5. wan dolloh says:

    menipu ni..

  6. Doktor lain la tu agaknya, mana dia ada kata doktor tu blogger ke pe..bukan FL sorang je budak Malaysia yang amik medic kat Bandung tu haih…

  7. hahaha…

Speak Your Mind

*