Dengan Sekali Lafaz, Fizo Omar Sah Menjadi Suami Kepada Mawar Fareeda

Fizo Omar & Mawar Fareeda Nikah

Akhirnya dengan sekali lafaz, Fizo Omar sah menjadi suami kepada Mawar Abdul Karim kira-kira jam 9.35 pagi tadi. Awalnya, Fizo kelihatan sedikit gemuruh tetapi beberapa saat kemudian dia mula menyebut dengan lancar lafaz nikah tersebut.

Terdahulu, ketibaan rombongan Fizo yang didahului penunggang motosikal disambut meriah oleh pihak perempuan. Antara yang mengiringi Fizo ialah Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Nazim othman, Fahrin Ahmad, Iqram dan Shila Amzah.

Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa Cincin, Mas Kahwin RM506, Motor Vespa, Kek berupa Hot Burger, Beg tangan, Jam, Al-Quran dan jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram. Manakala pihak perempuan membalas 9 dulang hantaran berupa Cincin, Motosikal Ducati bernombor plat WWF120, helmet, jaket, MC Book, Beg duit, kek dan set penjagaan diri.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu mengelilingi Eropah selama tiga minggu dan majlis resepsi di Kelantan dan Pulau Pinang akan dibuat di akhir tahun selepas pulang berbulan madu. Tahniah diucapkan buat Fizo dan Mawar!

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN (CLICK HERE)

 

Speak Your Mind

*