Fiza Abdul Halim (Fiza Elite) Kini Kekal Bertudung Penuh (6 Gambar)

Fiza Abdul Halim Bertudung

Pelakon dan juga merupakan bekas anggota kumpulan sensasi 90-an, Elite, Fiza (Elite) menunaikan hasratnya dengan kini tampil bertudung penuh sejak 6 Jun 2013 lalu. Berita itu diumumkan melalui akaun Instagram.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.

Speak Your Mind

*