Filem Adaptasi Novel Ombak Rindu, Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara

 

ombak rindu, maya karin

Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba kami teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Yerlah sekolah berasrama, nak feeling sambil mengorat awek-aweks kena lah baca novel ni so bila awek-aweks sembang pasal novel ni boleh juga layan.

Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,

ombak rindu

Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.

Limau Ais: Kami tak sabar tunggu Ombak Rindu ni. Menyingkap kembali kenangan zaman sekolah.

 

Comments

  1. anonymous says:

    again typo, menagarah = mengarah .
    teheee

  2. jangan gado2…1 disember nih kita tonton dulu….pastu baru komen…komen yg membina ler…coz yer lar..kekadang kita ada pendapat sendiri…walau gitu kita still leh dengar pendapat org lain right?..hehehe..aperpon..ombak rindu mmg berhantu….suami smpey tensen pasal seharian dok on OST adira n hafiz…ekekekek….best OST nyer…layan beb…

  3. klu sma xsesuai…korang wat le film sendiri..jd pgrah…ombak rindu 2..hihi

  4. tengok dulu baru tau watak dorg tu sesuai or tidak hehe

  5. ape pun yg i nk komen hope citer nye best jer kt panggung nanti k first time dgr lagu filem ni pun dh wt nangis wlau aku x pnh baca novel citer ni….x sbr nk g panggung rasa nye tuk citer ni….

  6. Yerla npe plak nak tko karektor.. Tngok dlu bru komen.. Bestnyer x sbor tunggu 1hb dis! Cyalah!

  7. i dah bace novel ombak rindu nie,,,
    daripada ape yang i nengok dan bace watak izzah tu macam tak sesuai dengan maya karin,,,then i tak percaya lisa surihani boleh membawakan watak sebegitu..

  8. tak sabar nak tggu cite nie dh la hero dya hensem

  9. Jangan jadi macam cerita lagenda budak setan the movie sudeh..busan nak mampus..dah la cerita slow..Harap la Ombak Rindu the Movie ade improvement..bythe way wat Hariz mmg sesuai ngn aaron..yg lain kne tggo movie keluar bru sy boleh komen

  10. Jangan jadi macam cerita lagenda budak setan the movie sudeh..busan nak mampus..dah la cerita slow..Harap la Ombak Rindu the Movie ade improvement..bytheway watak Hariz mmg sesuai ngn aaron..yg lain kne tggu movie keluar bru sy boleh komen

  11. Ape2 jer... says:

    kalau watak (Hariz)Aaron aziz tue Adi Putra yg bawak lg best…

  12. Dah tengok dah malam tadi,, lakonan maya,aaron,lisa sangat2 mantap. Seriously sy x henti nangis, sebab setiap babak dilakonkan dgn penuh penghayatan. Kesian sgt pada izzah.. “Tuhan selalu uji kita sebab Dia sayangkan kita” Aaron gangster pon nangis kot bile bawa watak Hariz! Esok nk g tengok lagi!!!! :)

  13. Penonton Ombak Rindu says:

    aku da tgk citer nie..masa aku mula 2 dgr yg maya jadi heroi aku tak suka jugak..tapi bila dah tgk maya berlakon..memang mcm izzah spt dlm novel..sedih sgt dier berlakon..korang cubalah nilai sendiri..bg aku kalo lisa yg berlakon tak sesuai sbb suara lisa besar..citer ni kan bnyk menagis..so sesuai la kalo maya yg lakonkan…selamat menontonnn..

  14. saied saieda says:

    x jugak… watak izzah for maya looks fine. x kira la lisa nampak muda atau maya nampak tua… n lisa bawak watak obses girl dgn baik skali… different frm her usual characters…

  15. sharul kamil says:

    best gillerr ombak rindu niee kemari aku dah gi tengok dah rugi korang x tengok aku best tang bab masa aron aziz terjun sungai kat sungai karangan perhh best gilerr

  16. sharul kamil says:

    best giller ombak ridu nie kemarin aku gi ngok citer tu fulamak aku best tang bab aron aziz mandi laut kat bawah jambatan perhh siott.korang nak tahu jalan citer nie, kalau korang nak tengok citer call 555-555-555-55

  17. irmiiswa amir says:

    salam semua dikesempatan ini,bila melihat komen yg byk sy terpanggil nk bg komen n pendapat jugak psl OR ni ..

    sy sudah baca novel OR xtau berapa kali…dan memiliki 3 novel OR i cover lama ,2 cover br 1 sy beli ,1 sy dpt mcm press conference OR pd 22th nov aritu .syukur alhamdulillah sy antara yang terawal melihat OR di layar skrin.

    samp arini sudah 3 kali saya menonton OR perasaan ttp sm AWESOME fantastis garapan en osman ali & all cast sangt membekas dijiwa ..
    mmg xrugi menonton OR .

    silala ke blog peribadi saya utk berkongsi “rasa” saya menonton ombak rindu

    salam wekend semua

  18. ni yg berkoba-koba den nak p tgk ni ….
    esk … aq nk p tgk gak .. x kre ap pon yg jd ..
    ahaha

  19. cite ni best sgt. aku tgk dgn hubby ahad lepas. blh katakan satu panggung nangis. hubby gelakkan aku sbb nangis. tapi hakikatnya dia pun nangis gak. part yg paling sedih bl haris menitiskan air mata ms dia bgtau mail yg dia sygkan izzah n ms haris pukul izzah n dia ckp izzah pompuan murah. so sape yg nak g tgk, sila bwk tisu ye..lelaki pun kena bwk tisu..

  20. The best romantic film 10star.kalau org hindustan tgk pun gerenti confirm klah cerita kkhh( kuch kuch hota hey).saya bangga dgn lakonan yg di bawa oleh maya karin x ubah wanita melayu terakhir.lemah lembut,ayu dan manis tutur bahasanya.

Speak Your Mind

*