Tahniah ! Penjaga Gol Negara, Farizal Marlias Kahwin Dengan Zaiton (3 Gambar)

Farizal Marlias & Zaiton Kahwin

Penjaga gol bola sepak kebangsaan Farizal Marlias sudah pun melangsungkan perkahwinan dengan wanita idamannya yang dikenali sebagai Zaiton. Majlis perkahwinan pasangan ini telah diadakan secara sederhana tanpa kehadiran pihak media.

Majlis resepsi atau persandingan bagi sebelah pihak lelaki pula telah berlangsung pada 7 Disember 2013 yang bertempat di Pahang. Terdahulu, Farizal Marlias pernah ditangkap khalwat pada 12 Oktober 2011 bersama dengan Zaiton yang ketika itu masih berstatus isteri orang. Zaiton juga telah bercerai dengan suaminya dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan dengan bekas suami.

 

Speak Your Mind

*