Farid Kamil Akui Setiap Bulan Ke Australia Melawat Diana Danielle (3 Gambar)

 

Diana Danielle Farid Kamil Australia 1

Minggu lalu ada khabar mengatakan pelakon Diana Danielle ada pulang ke Malaysia. Berita itu dikukuhkan lagi dengan sekeping gambar terbaru Diana bersama kudanya yang diberi nama Bonita yang dimuat naik oleh suaminya, Farid Kamil di laman sosial Twitter.

Dalam minggu yang sama juga, sewaktu malam previu filem Sembunyi: Amukan Azazil, aktres yang kini sedang hamil itu bagaimanapun tidak kelihatan. Diana merupakan antara pelaon utama dalam filem tersebut. Pada malam itu, media dimaklumkan yang Diana tidak dapat hadir kerana berada di Australia.

Farid mengesahkan Diana ada pulang ke Malaysia baru-baru ini, namun kepulanganya hanya empat hari.

“Iya dia ada pulang ke sini, dia berada di Malaysia hanya empat hari sahaja. Tujuan dia pulang adalah untuk melunaskan kerja untuk filem terbarunya Kami Histeria. Selain itu juga apa yang paling melucukan adalah apabila sampai sahaja ke Malaysia permintaan pertama Diana adalah untuk menjamah nasi kandar serta nasi lemak.

“Walaupun hanya beberapa hari dapat juga saya melepaskan rindu kepadanya, bagaimanapun jika tiada apa-apa pada hujung bulan ini saya juga akan berangkat ke sana”, katanya.

Selain itu, memandangkan tempoh pengajian Diana masih berbaki beberapa bulan di Sydney, Farid berkata dia dan isterinya itu belum membuat keputusan di mana mereka mahu menyambut kelahiran anak sulung mereka nanti.

“Kami belum membuat keputusan tentang soal itu, bagi saya ia bukan satu masalah untuk melahirkan anak saya di sana, bagaimanapun jika Diana melahirkan anak di sini ia dilihat lebih mudah untuk proses berpantang. Sebenarnya soal itu saya serahkan kepada Diana membuat keputusan, pada saya dalam hal ini saya lebih suka memberi kebebasan buat isteri saya memilih di mana dia mahu bersalin nanti”, ujarnya.

Pun begitu, memahami keadaan isterinya kini, Farid mengakui berasa risau tetapi dalam masa sama memuji sikap Diana yang pandai berdikari.

“Saya akui memang risau dengan keadaan Diana di sana, bagaimanapun satu yang perlu saya puji tentang sikap isteri saya adalah sifat berdikari Diana. Memang saya akan pastikan untuk menghubunginya setiap hari melalui telefon, di samping itu juga, hampir setiap bulan saya akan melawatnya di sana”, katanya.

 

Speak Your Mind

*