Kes Saman : Erma Fatima Tukar Duit 5 Sen Kepada RM1 Sebanyak 11200 Keping

Rabecca Nur Al-Islam

Akhirnya, selesai juga isu saman yang membabitkan Rabecca Nur Al-Islam dan juga pengarah filem, Erma Fatima. Isu ini berpunca daripada pihak produksi Dejavu Di Kinabalu yang lambat memberikan baki pembayaran kepada Rabecca sehingga membuatkan pelakon ini memfailkan saman terhadap produksi Erma Fatima.

Akur dengan perintah mahkamah, Erma Fatima yang telah kalah tuntutan saman ini akhirnya membayar saman sejumlah RM11,200 kepada Rabecca.

Menariknya, pengarah ini dengan sengaja membayar jumlah saman itu dalam bentuk 5 sen disamping memberikan senaskhah Al-Quran kepada Rabecca.

Ini bukan saja menimbulkan satu lagi kontroversi, Rabecca kemudiannya memulangkan semula wang tersebut dan meminta agar samannya dibayar semula dalam bentuk lain.

Dan sebentar tadi, pelakon ini telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan sejumlah wang RM1 dipercayai berjumlah RM11,200.

BACAPerli Level PM : Erma Fatima Bayar Wang Saman RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

Tidak memanjangkan lagi isu ini, Rabecca melalui laman Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Erma Fatima. Apa pun, semoga hubungan kedua orang selebriti ini kembali pulih. Iya lah, pusing-pusing pun, disitu juga tempat mereka cari makan.

-ohbulan-

Comments

  1. felix [email protected] says:

    You are so beautiful mama

Speak Your Mind

*