Perli Level PM : Erma Fatima Bayar Wang Saman RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

Rabecca-Terima-Syiling-5-Erma-Fatima

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,”

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.

Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Syiling 5 sen Erma Fatima

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.

“Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?

“Biarlah… apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya,” tegasnya.

Comments

  1. ape benda la.dah2 la,,yg dah dpt duit dah,amik duit tu g tukar kat bank,,erma nak bagi duit dlm ape bentuk sekalipon dia xsalah,yg penting cukup jumlahnya,,melayu sama melayu pon nak gaduh,,kiamat la cepat dgn sikap2 org macamni

Trackbacks

  1. […] BACA :¬†Perli Level PM : Erma Fatima Bayar Wang Saman RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen […]

Speak Your Mind

*