Gambar Zizan Razak & Emma Maembong Bercuti Di Luar Negara

Zizan Dan Emma Bercuti  Di Luar Negara

Kosong dunia hiburan kita awal awal tahun begini dek semua selebriti pergi bercuti ke luar negara. Habiskan baki hujung tahun mungkin. Dan, yang terbaru pasangan Zizan Razak dan Emma Ma’embong khabarnya kini berada di Amerika Syarikat.

Melalui kiriman di akaun Instagram mereka berdua, Zizan Razak & juga Emma Ma’embong masing masing berkongsikan beberapa keping foto mereka secara berasingan di San Francisco dan kini sudah bergerak ke Las Vegas pula.

Tetapi, jelas dan nyata mereka tidak pergi hanya berdua dan percutian mereka ke Amerika Syarikat ini turut disertai rakan artis Kaka Azraff dan beberapa orang pegawai dari Wirefame Entertainment.

-ROTIKAYA-

Speak Your Mind

*