Emma Maembong Berhijab, Masih Belajar Untuk Terus Kekal Bertudung Penuh

Emma  Maembong Berhijab 1

Emma Maembong  yang tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata.

Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.

“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.

“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa.

“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Comments

  1. bgosla ade niat bertudung…
    semoga ini bukan hanya promosi drama Projek memikat suami..
    huhu

Speak Your Mind

*