Putus Tunang ? Elly Mazlein Lebih Selesa Berdiam Diri

Elly Mazlein Putus Tunang

Berbeza dirinya dulu yang mudah larut dalam emosi ketika soalan berbaur provokasi diajukan, Elly Mazlein lebih matang dan tenang menangani setiap pertanyaan yang menjurus kepada kehidupan peribadinya.

Lebih 15 tahun mengabdikan diri sebagai insan seni, pengalaman banyak mengubah pemilik nama lengkap, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang bakal menganjak usia 32 tahun, bulan depan. 

Saya harus pandang setiap cacat dan cela kehidupan sebagai dugaan yang mematangkan. Apabila kita matang, kita akan lebih bersedia menerima kenyataan hidup meskipun pahit untuk ditelan,” Elly Mazlein

“Tiada guna saya berahsia kerana lambat-laun kebenaran akan terbongkar. Cuma untuk ketika ini, saya selesa berdiam diri dan membiarkan masa yang menentukan,” itu pendirian Elly ketika soalan mengenai ikatan pertunangan yang dijalin bersama pengarah, Azmi Md Hatta dikatakan terlerai diajukan.

Turut menolak daripada mengulas ketika ditanya ke arah mana aliran hubungan mereka sedang bergerak, Elly akui, dia sama seperti manusia lain yang juga mendoakan sesuatu baik akan berlaku dalam kehidupannya. Atas alasan itu, Elly enggan menyatakan ikatan yang diikat sejak Mei tahun lalu sudah berakhir kerana tidak mahu melangkaui perkara yang belum terjadi.

“Sesuatu perkara jika sering diluahkan akan menjadi doa. Lebih baik saya mengunci mulut kerana tidak mahu, kenyataan saya melangkaui takdir Allah. Banyak hati yang perlu saya jaga. Percayalah, sama ada baik atau sebaliknya, saya tidak akan berahsia. Apabila tiba masanya, saya akan berlaku adil kepada semua dengan berterus terang mengenai status diri,” katanya lagi.

Elly Mazlein Putus Tunang

Pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Februari lalu tetapi ditunda sehingga Disember kerana kesibukannya dan Azmi, namun ketika 2012 makin mendekati penghujung semua itu kekal menjadi tanda tanya.

Elly bagaimanapun percaya, setiap kepincangan yang berlaku akan membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik.

Tidak kesal jika percintaannya ditakdirkan melewati laluan berdarah, Elly yakin, semua itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.

“Saya harus pandang setiap cacat dan cela kehidupan sebagai dugaan yang mematangkan. Apabila kita matang, kita akan lebih bersedia menerima kenyataan hidup meskipun pahit untuk ditelan,” katanya.

Speak Your Mind

*