Dira Abu Zahar Sah Bercerai Dengan Suami

 
dira, ash, dira dan ash, dira ash bercerai, dira ash cerai

Dira dan Ash bersama anak mereka Anggun

Dira Abu Zahar, kenal siapa? Dira Abu Zahar atau nama sebenar beliau Khaidirah Abu Zahar pelakon drama komedi Rona Roni Makaroni yang membawakan watak Gia, teman wanita Roni lakonan Bront Palarae. Dira Abu Zahar baru-baru ini tercalon dalam Anugerah Bintang Popular 2009 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.


Dira dan Ash telah mendirikan rumah tangga kira-kira 3 tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra. Ada juga gosip yang mengatakan bahawa Dira dan Ash pernah dikatakan tidak tinggal sebumbung.

Penyertaan Ash dan Dira dalam program Sehati Berdansa musim keempat yang lalu dikatakan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan mereka. Ash sendiri mengaku sudah mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah pada 12 April lalu. Menurut Ash lagi:

dira ash, sehati berdansa, dira dan ash

Pasangan Dira dan Ash ketika menyertai Sehati Berdansa

“Apa yang boleh katakan saya mahu menjernihkan kembali hubungan kami. Ia tiada kena mengena dengan status dirinya yang datang dari keluarga berada. Tapi ia demi masa depan anak kami. Tapi kalau soal hati sudah berkata tidak mahu, mungkin saya sudah gagal bertindak sebagai ketua keluarga.

“Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,” kata Ash.

Dulu kami pernah dengar ada gosip yang mengatakan Ash pukul Dira. Tapi itu semua tidak benar. Kami di Limau Ais mendoakan semoga rumahtangga Dira dan Ash kembali pulih. At least demi masa depan anak tunggal mereka.

 

Comments

  1. sabar eh!:(:(

  2. ika syg says:

    harap anne tabah melalui cabaran idop……..dunia hanya sementara…:((

Speak Your Mind

*