Dato’ Siti Nurhaliza & Suami Bantu Mangsa Banjir Di Pahang (6 Gambar)

Dato' Siti Nurhaliza & Suami Bantu Mangsa Banjir

Atas dasar keprihatinan terhadap mangsa banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur kini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa telah turun padang bagi membantu golongan yang memerlukan.

Siti dan suami menerusi Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti memilih tiga penempatan di Kuantan, Pahang yang mana menempatkan sebahagian mangsa banjir di kawasan tersebut.

Tiga lokasi penempatan berkenaan ialah, Sekolah Menengah Kebangsaan Rasau, Sekolah Kebangsaan Pandan dan Sekolah Kebangsaan Kg. Padang.  Operasi bantuan itu telah dilakukan sejak jam 2.00 petang tadi.

“Sebanyak dua lori yang membawa keperluan barangan asas dihantar bagi membantu mangsa banjir. ¬†Barang asas tersebut lebih kepada keperluan untuk kanak-kana dan wanita,” ujar Rozi yang kini berada di lokasi terakhir mereka.

Selain suami, Siti turut ditemani oleh dua orang anak tirinya serta beberapa kakitangan daripada SimplySiti.

Speak Your Mind

*