Tiada Keserasian, Cinta Fizo Omar & Haas Putus di Tengah Jalan

Fizo Omar

Pelakon kacak Fizo Omar mengaku kini sudah putus cinta selepas hanya sempat berkasih selama dua bulan dengan gadis bernama Haas.

“Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas & hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja,” tuturnya.

Tambah Fizo, dia bukan mahu merahsiakan hal tersebut tetapi sekarang dia sibuk memberikan perhatian dengan penggambaran filem dan beberapa perkara lain.

Dia juga enggan kongsi secara terperinci tentang punca perpisahan beliau dengan gadis tersebut kerana tidak mahu menyakitkan dan memalukan sesiapa dengan memanjangkan cerita.

“Apa yang boleh saya katakan, mungkin tidak ada keserasian antara kami atau mungkin masing masing susah untuk memberikan komitmen dengan perhubungan ini. Pendek cerita, memang tak ada jodoh antara kami”, katanya

Speak Your Mind

*