Jangan Lantik Orang Politik Pimpin FAM – TMJ

KUALA LUMPUR: Walaupun belum memberi kata putus mengenai pencalonan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan, individu yang dipilih mestilah bebas daripada kongkongan atau motif politik. 
Ini kerana, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak sanggup melihat bola sepak negara menerima nasib seperti Indonesia yang pernah digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) FIFA ekoran campur tangan kerajaan pada tahun 2015. 
“Yang pertama saya tidak mahu ada sebarang campur tangan kerajaan, oleh kerana saya tidak mahu jadi seperti di Indonesia. Liga mereka diharamkan untuk beberapa tahun oleh FIFA. 
“Bola sepak ini adalah hak milik rakyat, sesiapa berkhidmat untuk bola sepak adalah untuk melakukan kebaikan demi pasukan kebangsaan, integriti dan kualiti liga tempatan dan membabitkan penyokong untuk sama-sama dengan persatuan atau kelab bagi membangunkan bola sepak Malaysia. 
“Jadi, sesiapa saja yang menjadi presiden perlu jadi individu yang tiada kaitan dengan politik oleh kerana benda ini akan disalahgunakan, itu saja. “Jadilah individu yang boleh berkhidmat khas untuk bola sepak,” kata Tunku Ismail menjawab persoalan di laman Facebook Johor Southern Tigers mengenai pencalonan presiden FAM. 
Tunku Ismail juga tidak mahu jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu digunakan sebagai lonjakan karier politik individu tertentu. 
Ketika ini, empat individu dicalonkan untuk jawatan Presiden FAM pada Kongres Pemilihan Ke-53 badan induk itu yang dijadual berlangsung, 25 Mac ini. 
Selain Tunku Ismail, calon lain ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

Pingat Emas Olimpik Usain Bolt Ditarik

LAUSANNE: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebentar tadi mengumumkan penarikan balik pingat emas acara 4 x 100 meter yang dimenangi kuartet Jamaica pada temasya Olimpik Beijing 2008. 
Ini selepas seorang daripada ahli kuartet berkenaan, Nesta Carter disahkan terbabit doping. Keputusan berkenaan diambil selepas semakan semula ke atas ratusan sampel daripada temasya sukan terbabit. 
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan rakan Carter dalam kuartet itu, Usain Bolt turut terjejas. 
Dia kehilangan satu daripada tiga pingat emas yang diraih pada temasya Olimpik berkenaan. Carter bersalah selepas didapati positif terhadap ujian bahan terlarang Methylhexanamine. -AFP

Andik Vermansah Kecewa Disingkirkan Selangor FA Tanpa Sebarang Perbincangan

Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA dari senarai kuota 4 pemain import untuk musim ini.
Beliau disingkirkan dan digantikan dengan seorang pemain dari Timor Leste untuk mengisi slot pemain import Asia.
Terkejut
Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA berasa sangat terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Sebaliknya, 2 nama baharu yang dimasukkan dalam skuad Selangor 2017 iaitu Victor Astafei (Romania) dan juga Juliano Mineiro Fernandes (Timor Leste) disamping 2 pemain import lain iaitu Forkey Doe dan juga Ugo Ukah.
Andik nyata kecewa kerana disingkirkan dari skuad Selangor. Hal ini kerana beliau sangat setia untuk bersama dengan pasukan Selangor.
Ini terbukti apabila beliau menolak beberapa tawaran lumayan dari kelab-kelab di Indonesia serta beberapa pasukan di Liga Malaysia sendiri.
“Jika benar Selangor sudah melengkapkan kuota import mereka musim ini, saya sangat kecewa kerana saya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada FAS.”
“Saya telah mencurahkan bakti sepanjang hampir tiga tahun di sini kerana Selangor umpama negeri kelahiran saya sendiri.”
Tak profesional
Andik Vermansah disingkirkan Selangor FA nyata kecewa andai benar beliau disingkirkan dari skuad Selangor.
Beliau yang tidak diberitahu akan perkara ini, nyata kecewa dengan apa yang berlaku.
“Mereka tidak profesional dalam hal ini.” Kata beliau kepada akhbar Kosmo!
Namun begitu menurut Andik, perkara ini belum lagi disahkan menerusi hitam putih jadi masih ada peluang namanya di dalam skuad Selangor.
Tiba di lokasi
2 pemain yang kami sebutkan tadi dilaporkan sudah berada di padang latihan Selangor untuk menyertai latihan.
Fernandes dikatakan bekas pemain kelab Brazil iaitu Fluminense mempunyai pengalaman bermain untuk skuad remaja Brazil.
Beliau mendapat kerakyatan dari negara Timor Leste.
P. Maniam berkata kedua-dua pemain itu mungkin akan diturunkan dalam perlawanan menentang Melaka United pada Jumaat ini.
“Mereka baru sahaja menyertai pasukan dan peluang untuk diletakkan dalam kesebelasan utama bergantung pada sesi latihan yang dijalankan minggu ini.”
“Saya harap mereka tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dan dapat bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi bertemu Melaka nanti.”
Sebenarnya Andik tidak perlu risau, hal ini kerana pemain Timor Leste yang direkrut itu adalah untuk jangka masa pendek sahaja.
Fernandes akan bermain di Selangor untuk kontrak 5 bulan sementara menanti Andik pulih dari kecederaan beliau.
Beliau mengalami kecederaan ketika mewakili Indonesia dalam Piala AFF 2016.

Inilah Punca Utama Mario Gomez Dilepaskan Sebagai Ketua Jurulatih JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Benjamin Mora sah membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 
Bekas jurulatih JDT, Mario Gomez
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mario Gomez, baru-baru ini. 
“Benjamin (Mora) mengambil tugas selaku jurulatih untuk membimbing JDT musim ini bagi menggantikan Mario (Gomez) dan beliau memulakan tugas bermula hari ini. 
“Langkah perubahan ini sebahagian daripada falsafah kelab JDT untuk meningkatkan lagi mutu permainan dan sebarang keputusan diputuskan menerusi mesyuarat. 
“Malah kami percaya Mora yang mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di kelab La Liga, Atletico Madrid mampu menggalas tugas itu dan melakukan perubahan buat JDT mengharungi saingan liga elit domestik dan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi. 
Edwards juga menegaskan penolong Gomez, Raul Linghi masih bersama JDT bagi membantu Mora dalam persiapan untuk aksi menentang Kedah pada pertembungan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini. 

Benjamin Mora, jurulatih baharu JDT
Beliau juga mengumumkan pelantikan Mohd Hamzani Omar bagi menggantikan Mora untuk membimbing JDT II mengharungi saingan Liga Perdana dan Hamzani akan dibantu Ramlan Rashid. 
“Ini juga sebahagian falsafah JDT untuk memajukan barisan kejurulatihan muda dan Mohd Hamzani sebagai contoh dinaikkan pangkat selepas beliau mendapat pendedahan terbaik ketika menjalani latihan di Jepun dan kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF,” kata Edwards.

‘AWAS! Jangan Tersilap Pendrive Anda’ – Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – “Maka kawan-kawan media. Teruskan membuat catitan dan awas jangan tersalah pendrive anda. Tolong pastikan fakta anda tepat”

Demikian kenyataan balas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan kononnya beliau pernah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan Kelantan.
Annuar yang kini penaja utama pasukan Kelantan atau The Red Warriors (TRW) menjelaskan, beliau telah memberi fakta yang tepat berhubung dakwaan itu di dalam catatan Facebooknya hari ini supaya tiada pihak menerima maklumat daripada sumber yang beremosi dan melucukan.
“Jadi sahabat Facebook ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya. Saya berikan fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan saya.
“Saya tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara langsung atau `tit fot tat’ kerana biasanya mereka itu kawan-kawan belaka.
“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita. Kalau kawan kita silap kita tak usah panjang-panjang. Kita maafkan saja,” ujar dalam satu kenyataan di Facebook beliau..
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa pasukan Kelantan pernah menggunakan wang Mara dan UniKL.
Tunku Ismail dalam dakwaan itu dipetik berkata “Tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan TRW yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi MARA. MARA dipengerusikan oleh Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh di Kelantan.
Manakala, ayat Annuar berbunyi “jangan tersilap pendrive” dipercayai berkisar kepada isu pendrive yang pernah didakwa Tunku Ismail mengandungi salah laku dan penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan siasatan ke atas pendrive itu pada 5 September 2016 bagaimanapun mengesahkan pendrive itu tidak mengandungi sebarang unsur rasuah.