Kelantan Galak Suami Berpoligami

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami. 
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga. 
Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti. 
“Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak. 
“Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul. 
“(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, hari ini. 
Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga. 
“Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu. 
“Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, ” katanya.

Facebook Disaman USD$500 Juta Curi Teknologi Oculus

WASHINGTON: Juri Mahkamah Texas mengarahkan laman sosial Facebook sebagai pemilik aplikasi Oculus Rift membayar ganti rugi AS$500 juta (RM2.21 bilion) kepada syarikat perisian permainan ZeniMax kerana didakwa mencuri teknologi maya syarikat itu.

Dokumen mahkamah mendedahkan, juri membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat itu bersalah menciplak teknologi peranti maya daripada ZeniMax, untuk mencipta peralatan Rift ‘headset’.

Tindakan undang-undang itu mendakwa pengasas Oculus, Palmer Luckey membangunkan peralatan alam maya menggunakan kod secara haram daripada syarikat permainan itu.

ZeniMax dalam satu kenyataan berkata, mereka ‘gembira’ dengan kejayaan kes itu dan menganggap ia adalah pelanggaran undang-undang hak cipta dan tanda dagangan milik syarikat itu berdasarkan perjanjian perkongsian teknologi dicabuli Oculus.

Sedangkan teknologi itu dibangunkan oleh mereka dan ia adalah hak eksklusif syarikat itu.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Zenimax Robert Altman berkata, teknologi adalah asas kepada perniagaan syarikatnya dan menganggap kecurian harta intelek mereka adalah satu perkara yang serius.

Facebook menggunakan aplikasi Oculus pada 2014 dan meraih keuntungan AS$2 bilion (RM8.86 bilion) menerusi penjualan ‘headset’ Rift sebagai sebahagian penjualan alam mayanya. – AFP

Netizen Berang Famili Ini Biarkan Anjing Mereka Masuk & Kencing di AEON Bukit Tinggi

Kecoh di laman sosial Facebook sejak semalam apabila tersebarnya gambar satu keluarga yang sedang membeli belah dengan selamba membawa masuk anjing mereka masuk ke dalam shopping mall AEON Bukit Tinggi, di Klang.

Gambar tersebut menimbulkan kemarahan ramai bukan sahaja kerana anjing dibawa masuk bersama mereka, malah lebih memburukkan keadaan lagi apabila anjing tersebut turut kencing di dalam pusat beli belah tersebut.

Foto yang dikongsi melalui Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians itu menarik ramai Netizen yang ternyata berang dan tidak dapat mengawal kemarahan terhadap keluarga ‘tidak waras’ tersebut. Sehingga kini, post itu mendapat lebih 4 ribu perkongsian.

Banglo Mewah RM11 Juta Aliff Syukri Dijual Kepada Nur Sajat

Abang kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri telah mengumumkan di Instagramnya bahawa pengasas produk Let’s Cantik, Nur Sajat telah membeli rumah banglo mewahnya yang terletak di Seksyen 10, Kota Damansara.
Dalam posting sebelum ini, Aliff mahu menjual banglo 10 bilik tersebut dengan harga lelong RM11 juta termasuk perabotnya sekali.  Akhirnya rumah tersebut telah berjaya dibeli oleh rakan baiknya, Nur Sajat.

Bagaimanapun berapakah harga jualan rumah tersebut tidak pula didedahkan.
Aliff menjual banglo yang telah diduduki selama hampir lima tahun itu kerana mahu berpindah duduk di kampung.  Tidak pula dinyatakan di mana namun difahamkan ‘istana’ baru Aliff bernilai RM20 juta ala Bollywood.

Video Best!

Selfie Terbukti Berkesan Bakar Lemak, Turunkan Berat Badan

Pada zaman sekarang ini tabiat berselfie telah menular kepada semua peringkat manusia tidak kira sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan dan kecil atau dewasa, mereka mempunyai tabiat ini dengan berselfie tidak mengira tempat dan masa.
Tindakan berselfie ini juga tidak disenangi oleh beberapa pihak tertentu yang akan membuatkan mereka menyampah dan meluat di atas tindakan orang yang suka berselfie di mata mereka.
Selfie Turunkan Berat Badan
Sekiranya anda mempunyai tabiat berselfie, teruskan saja tabiat berkenaan kerana anda tidak menganggu orang lain. Amat mengejutkan, selfie juga telah dikaji secara saintifik serta telah dibuktikan oleh pakar, dengan cara berselfie akan membantu sesiapa saja menurunkan berat badannya.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 271 orang berbadan besar yang mendaftar untuk program menguruskan badan di University of Alicante, Colombia, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui cara mereka berdiet dan apa yang mendorong mereka untuk menurunkan berat badan.

Melihatkan kepada gambaran jelas bentuk badan yang telah direkodkan, mereka akan lebih berusaha untuk mencapai target yang diimpikan. Gambar selfie bertindak sebagai alat visual yang menjadi kayu aras bagi setiap pencapaian mereka.
Jadi, jika anda memang seorang yang suka berselfie, berswafotolah semahunya kerana telah terbukti dengan selfie juga boleh menurunkan berat badan seseorang. Namun, harus diingat, selfie juga tetap ada batasannya, janganlah sampai berselfie yang boleh membahayakan nyawa anda sendiri.

DBKL ‘Langgar’ Premis Niaga Sekitar Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan gerai dan premis perniagaan yang dimonopoli warga asing kerana menghalang laluan awam dan menyalahi struktur asal bangunan di sekitar Bukit Bintang di sini, pagi tadi. 
Operasi serentak itu dilakukan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kawalan dan Pengawasan Bangunan DBKL sejak jam 9 pagi, selepas peniaga dan pemilik premis masih berdegil menjalankan perniagaan tanpa menghiraukan notis pemberhentian pihak DBKL. 
Antara yang diroboh adalah gerai cenderamata, restoran dan pusat refleksologi yang sudah beberapa kali dirobohkan dalam tempoh lima tahun tetapi terus beroperasi. 
Difahamkan, peniaga asing masih berdegil dan meneruskan kegiatan mereka dengan membina semula premis kerana faktor keuntungan berlipat ganda berbanding jumlah kerugian, Tinjauan BH di lokasi operasi mendapati sewa yang dikenakan satu gerai kecil mencecah RM8,000 hingga RM10,000 sebulan, namun difahamkan keuntungan yang diperoleh mereka sehingga tiga hingga empat kali ganda. 
Ketua Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Nur Syaffiekah Mohd Syarif berkata, operasi menyita dan meroboh itu dibuat selepas notis diberi sudah tamat tempoh. 
Katanya, operasi untuk merobohkan gerai dilakukan mengikut Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana menghalang laluan awam dan perniagaan. 
Sementara itu, 33 pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kawalan dan Pengawasan Bangunan DBKL turut merobohkan struktur sambungan haram di sekitar Bukit Bintang.

Datuk Seri Jamal ‘Buka’ Rumah Urut Depan Pejabat SUK Selangor

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos upmemperhebatkan kempennya menentang maksiat di Selangor dengan membawa sepuluh buah katil ke bangunan pejabat setiausaha kerajaan negeri SUK Selangor di Shah Alam.
Katil dengan tilam yang disaluti cadar tertera dengan perkataan ‘DAP – Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal yang turut dibekalkan mempunyai perkataan ‘Rumah Urut Selangorku’.
Adalah dipercayai ia sebagai sindiran kepada projek rumah mampu milik kerajaan negeri Selangor “Rumah Selangorku”.
Jamal hari ini mencuri tumpuan dengan datang meninggang sebuah motorsikal Harley Davidson sambil membawa sebuah tong berisisi ais krim.
Beliau juga memakai kemeja T putih yang tertera dengan perkataan ‘DAP – Dapat Aiskrim Percuma’ dan ‘Rumah Urut Selangorku’.
Pemimpin Umno yang sering berdemonstrasi dan menerajui gerakan Baju Merah itu mendakwa kerajaan negeri gagal mengetatkan kawalan ke atas rumah urut sehingga menjadikan Selangor sebagai pusat sarang pelacuran.
‘Persembahan’ juga diadakan di hadapan bangunan SUK dengan demonstrasi mengurut.
Seorang wanita mengurut seorang lelaki berbaju merah di salah satu katil yang dibawa itu.
Beliau kemudiannya turut mengagihkan aiskrim yang dibawanya secara percuma dari tong yang dibawanya dengan label “Azmin Ais Krim, sekali rasa pasti nak lagi”.
Ini dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang telah dinafikan.
Jamal sebelum ini mencetuskan kekecohan apabila tampil di bangunan SUK dengan tuala sebagai bantahan terhadap pemotongan air di negeri itu.