Lelaki, Wanita Maut Ditembak di Jalan Tuanku Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Dua maut dalam kejadian tembak di tingkat 16 bangunan Menara Centara, Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini, sebentar tadi. 
Mangsa lelaki berumur 51 dan wanita berumur 46 tahun ditemui di ruang hadapan pejabat sebuah firma guaman di premis itu. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira jam 3 petang tadi. 
“Pihak polis menerima panggilan jam 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian. Apabila tiba di tempat kejadian, kami mendapati satu mayat wanita dan lelaki ditemui di tingkat 16 bangunan ini,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati kesan tembakan di belakang paha kiri dan belakang badan wanita berkenaan dan satu tembakan di bahagian kepala lelaki. 
Difahamkan kedua-dua mangsa adalah bekas pasangan suami isteri yang bercerai lima tahun lalu. Lelaki berkenaan dipercayai tiba di bangunan itu pada jam 2.45 petang dan berjumpa dengan bekas isterinya. 
Sebelum tembakan, berlaku pergaduhan kecil lalu lelaki berkenaan bertindak melepaskan tembakan ke arah wanita terbabit dan kemudian menembak dirinya sendiri. 
Lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 324 iaitu menyebabkan kecederaan. 
Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Banduan ‘Mengunyit’ Di Hukum Penjara & Sebat

AYER KEROH: Seorang banduan yang bakal dibebaskan dua minggu lagi, dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah meliwat seorang banduan lelaki, awal bulan ini. 
Ariff Amirrul Akmal Abu Bakar Lam, 21, dari Ampang, Selangor membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. 
Tertuduh sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. 
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii terhadap banduan lelaki berusia 19 tahun di Tingkat B1, Pusat Koreksional Jasin, pada jam 11.30 malam, 11 Januari lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. 
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu dikenakan hukuman ringan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi yang melakukan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh. 
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan tahun, manakala hukuman denda ditukar kepada tiga sebatan. 
Beliau juga memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Januari lalu.

SPRM Tahan 4 Pegurus Kanan FELDA

KUALA LUMPUR: Empat pengurusan kanan FELDA termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014. 
Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM. 
Sumber berkata, mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta (AS$10 juta) sejak tahun 2014. 
Berita lanjut menyusul

Mufti Minta Polis Dedah Wajah Gengster Pukul Pemandu Lori

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mahu polis mendedahkan wajah mereka yang membelasah seorang pemandu lori di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Januari lalu kepada masyarakat umum.

Kata beliau, wajah-wajah gengster terbabit perlu didedahkan kepada masyarakat supaya menjadi pengajaran dan tidak lagi pihak menjadi mangsa mereka.
“Tahniah atas ketegasan pihak polis. Rakyat hendaklah sama-sama membantu agar penjenayah yang jijik itu diheret kepada hukuman yang sewajarnya.
“Masyarakat Malaysia perlu didedahkan wajah-wajah penjahat itu supaya kejahatan mereka dapat diawas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Asri berkata, mereka yang memukul pemandu lori itu dengan cara yang kejam dan jahat hendaklah diheret ke muka pengadilan dengan segera.
Malah, katanya, rangkaian ‘gengsterisme’ kumpulan lelaki tersebut perlu juga didedahkan kepada masyarakat.
“Mereka yang seperti inilah yang sering cuba mewujudkan suasana ketakutan sehingga mangsa bimbang terhadap diri ataupun pekerjaan ataupun keluarga untuk membuat laporan polis,” katanya. 

Pakai Baju Kurung Ketika Mengajar, Pelajar Seronok Rakam Bawah Kain Cikgu

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di bandar raya ini disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam bahagian dalam kain seorang guru wanita dan mengutip wang jika rakan mahu menonton rakaman itu.

Perbuatan itu dikesan pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan, apabila seorang guru disiplin sekolah terbabit memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.
Sekitar jam 8.30 pagi Isnin, ketika guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sedang membalut meja pelajar di kelasnya, pelajar terbabit dipercayai merakam video menggunakan telefon bimbit mereka. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata berikutan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
“Setakat ini dua dari pelajar terbabit yang dirakam percakapan adalah saksi berhubung kejadian berkenaan manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
“Bagaimanapun segala tindakan disiplin ke atas pelajar itu hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah dan bukannya polis,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, sumber memberitahu, kumpulan pelajar yang terbabit merakam video itu mengenakan bayaran kepada pelajar yang ingin melihat video berkenaan sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain. 
Guru wanita itu membuat laporan polis selepas merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.
Ketika itu guru berkenaan berbaju kurung.