LIMAUAIS Portal Selebriti, Dunia Hiburan & Gaya Hidup Terkini



10Jun/130

Gambar Mesra Hanis Zalikha Disebar Bekas Kekasih Melalui Instagram

Hanis Zalikha

Mengakui tidak selesa dan berasa janggal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian, namun akhirnya terpaksa akur bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti tidak memungkinkan dia boleh berbuat demikian.

"Saya akui, pada mulanya saya tidak suka bercakap mengenai hal peribadi, tapi lama-kelamaan saya mula belajar bahawa ada kalanya bukan kerja sahaja diberi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadi seseorang artis itu.

10Jun/130

Diana Danielle Selamat Lahirkan Bayi Lelaki di Australia ?

Farid Kamil dan anak

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Diana Danielle dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Sydney, Australia pada akhir Mei lalu.

Memetik laporan berita Kosmo! hari ini, Diana yang ketika ini menyambung pelajaran di dalam Sarjana Muda Asas dan Rekaan di University of Sydney khabarnya bersalin di sebuah hospital berdekatan kediamannya di kota tersebut.

10Jun/130

Shila Amzah Dikutuk Peminat Sendiri Gara-gara Tayang Badan Sendiri

 Shila Amzah Dikutuk Peminat

Beliau mungkin tidak berniat langsung mahu mencetus kontroversi, sebaliknya barangkali niat penyanyi kesayangan ramai ini baik - sekadar mahu berkongsi perkembangan terbarunya, yang mana beliau kini asyik dengan hobi bersenam dan perkembangan hasil usaha gigihnya itu .

Melalui Instagramnya petang semalam, Shila Amzah berkongsikan gambar separuh badan seorang wanita yang dipercayai adalah dirinya yang bersedia untuk bergerak ke gymnasium untuk sesi senaman rutin.

31May/130

Linda Hashim Amalkan Solat Hajat & Taubat Sebelum Bergelar Isteri Beego

Tinggal lebih kurang saja lagi dia bakal menamatkan zaman solonya. Sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya dengan pelakon Beego yang dijadualkan pada 7 Jun depan.   Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan.   Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut.   Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.   Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.   Beego dan Linda turut menjemput Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau ke majlis bersejarah itu nanti. Beego sendiri yang memberikan kad jemputan kepada Najib ketika di satu majlis di Putrajaya, sekitar dua bulan lalu.   Difahamkan penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu.

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi dia bakal menamatkan zaman solonya. Sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya dengan pelakon Beego yang dijadualkan pada 7 Jun depan.

Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan. Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut.

31May/130

Leuniey Natasha Yang Kini Bertudung, Tunai Umrah Ramadhan Ini (7 Gambar)

Leuniey Kini Bertudung

Isteri kepada penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) iaitu Leuniey Natasha kini sudah berhijrah dan kekal berhijab, sejak dua minggu lalu. Model dan pereka fesyen ini tambah bersemangat dengan penghijrahannya itu lebih-lebih lagi apabila dia mendapat sokongan penuh dari suaminya.

Tiada paksaan daripada sesiapa, Leuniey memberitahu dia masih lagi dalam proses membiasakan diri bertudung apabila keluar. Leuniey juga memaklumkan yang dia dan Apex bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini.

31May/130

Siti Nordiana Kini Temui Pengganti Arwah Achik, Al-Fatihah Kepada Achik Spin

Siti Nordiana & Alan

Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana bukanlah asing dalam industri muzik tempatan. Lagu duetnya bersama Allahyarham Achik Spin seperti 'Gurauan Berkasih', 'Memori Berkasih', 'Mainan Cinta' dan 'Resipi Berkasih' masih menjadi siulan hingga ke hari ini.

Berasa janggal untuk menyanyikan lagu duetnya secara solo, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini mengakui sudah menemui pengganti Allahyarham. 

31May/130

Siti Saleha Tampil Imej Bertudung, Harap Peminat Tak Keliru (3 Gambar)

Siti Saleha Bertudung

Saat dia muncul majlis pelancaran Serlahkan Keyakinanmu Bersama Kotex@ Member-Ku Hawa petang semalam, banyak mata tertumpu pada aktres cantik nan sorang ini. Ya, Siti Saleha tampil dengan imej bertudung. Manis sungguh, kan?

Namun imejnya ini bukanlah imej kekal tetapi ia merupakan watak yang dibawa dalam drama khas musim kedua bagi jenama produk tuala wanita itu. Dia bersama pelakon Nad Zainal telah dilantik sebagai duta Kotex 2013.