Ayu Raudhah & Zaquan Adha Bakal Timang Bayi Lelaki (6 Gambar)

zaquan adha &  ayu raudhah

Pelakon Ayu Raudhah yang juga isteri kepada Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak memaklumkan bahawa beliau akan melahirkan anak pertamanya di Johor.

Ayu, 27, yang kini mengambil cuti panjang daripada dunia lakonan memberitahu, sudah hampir dua bulan dia memilih untuk menetap di Johor Bahru kerana mengikuti suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim.

“Kandungan saya sudah berusia tujuh bulan kini… saya dan suami sudah sepakat untuk melahirkan anak kami di sini sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ayu juga sempat berkongsi jantina anak pertamanya nanti.

“Mengikut doktor, InsyaAllah saya akan lahirkan seorang bayi lelaki, Mac ini. Buat masa ini ibu saya sudah bersetuju untuk menjaga saya sepanjang proses berpantang nanti, jadi tidaklah terlalu risau walaupun melahirkan anak di sini “

Speak Your Mind

*