Sekitar Majlis Pernikahan Apex & Leuniey (10 Gambar)

Apex & Leuniey Nikah

Selamat pengantin baru kami ucapkan buat Khairul Fahmi aka Apex dan Leuniey yang telah selamat  diijab kabulkan pagi tadi. Hanya sekali lafaz, penjaga bola sepak kebangsaan itu sah memperisterikan model juga pereka fesyen ini.

engan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.

Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut.

Berikut kami tatapkan anda beberapa keping gambar sekitar majlis akad nikah mereka yang berlangsung penuh meriah di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Speak Your Mind

*