“Andai Kata Dia Adalah Jodoh Saya, Saya Akan Terima Dengan Terbuka” – Qi Razali

qi razali nelydia senrose

Pengacara dan pelakon Qi Razali tidak menolak sekiranya hubungan kawan yang terjalin di antara dirinya dengan pelakon Nelydia Rose akan bertambah serius pada masa hadapan kerana selesa bergaul dengan wanita itu.

Menurut jejaka berusia 35 ini, kematangan dan sikap kelakar Nelydia membuatkan dia senang berkawan baik dengan pelakon itu.

“Andai kata dia adalah jodoh saya, saya akan terima dengan terbuka. Bagaimanapun buat masa ini saya dan Nelydia hanya rapat sebagai sahabat kerana selesa berkawan dengannya yang cukup matang dalam pelbagai perkara selain kelakar,”

Dalam pada itu, Qi berkata, dia berharap peminat dan masyarakat tidak terlalu cepat membuat andaian mengenai hubungan mereka kerana mahu menjaga hubungan baik di antara mereka.

Kata Qi, pada usianya sekarang dia tidak tergesa-gesa untuk memulakan hubungan baru dan mahu melalui proses yang betul.

“Perlahan-lahan dan tidak perlu tergesa-gesa dan biarlah ia berlaku dengan cara yang betul tambahan pula dia masih muda,” katanya kini sedang sibuk dengan penggambaran musim terbaru programĀ Jalan-Jalan Cari Makan.

Trackbacks

  1. […] adiknya, Nelydia Senrose agak 'berahsia' mengenai hubungan cintanya dengan pelakon dan pengacara Qi Razali. Berbeza pula dengan si kakaknya, pelakon Uqasha Senrose yang nampaknya lebih senang membuat […]

Speak Your Mind

*