Along Eyzendy Enggan Komen Isu Ditahan Polis Kerana Ambil Ganja

 

Along Eyzendy

Pada minggu lalu, seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan dekat Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon berusia 35 tahun itu disahkan mengambil ganja dan pelakon yang ditahan itu dikatakan pernah membintangi filem ‘Khurafat’. Ramai pihak mendakwa pelakon yang telah ditahan itu ialah Along Eyzendy. 


“Saya tahu mengenai hal ini. Buat masa ini, saya dinasihatkan oleh pihak pengurusan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini,” ujar Along memulakan bicara.

Menghormati keputusan Along untuk tidak memberikan komen mengenai perkara ini, Kami juga bertanyakan adakah pendirian Along untuk berdiam diri ini akan menyebabkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab akan tetap mengaitkan dirinya dengan perkara ini?

“Saya ada terfikir juga. Tetapi buat masa ini, itu keputusan saya. Apabila semuanya selesai, pihak pengurusan saya akan memberikan kenyataan mengenai perkara ini,” kata Along yang bernaung di bawah pengurusan MIG.

Along pernah membintangi filem ‘Khurafat’ bersama dengan Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali dan ramai lagi.  Kami juga sempat bertanyakan pada Along, adakah kontroversi yang terkait dengan dirinya ini membuatkan kerjayanya turut sama terjejas?

“Setakat ini, tidak terpalit lagi dengan kerjaya saya. Allah lebih mengetahui siapa saya. Apa yang pasti, saya akan beri komen selepas semuanya selesai,” katanya lagi.

 

Speak Your Mind

*